Saturday, October 3, 2009

ujian Tuhan

400 hilang ditelan bumi ketika gempa di Padang


JAKARTA: Kira-kira 400 orang yang menghadiri satu majlis pernikahan dikhuatiri hilang ditelan bumi di Dusun Pulau Aik, Padang Pariaman ketika gempa bumi berkekuatan 7.6 pada skala Richter di Sumatera Barat pada 5.16 petang rabu lalu.

Kebimbangan itu berdasarkan keadaan kampung itu yang kini rata ditutupi tanah dan menara masjid, iaitu merupakan struktur tertinggi di situ, juga sudah tidak kelihatan.

"Mereka ditelan bumi sedalam 30 meter akibat gempa dan longsor (tanah runtuh)," kata Ketua Pusat Penanganan Krisis Kementerian Kesihatan Indonesia, Rustam S Pakaya, yang dipetik Detikcom hari ini.

Setelah masuk hari keempat yang dianggap sangat genting bagi pasukan mencari dan menyelamat untuk menemui dan mengeluarkan mangsa yang masih hidup, para pegawai pihak berkuasa berkata keluarga mangsa terutama yang tertimbus harus ikhlas merelakan kepergian keluarga mereka. - Bernama

'Air laut surut, jalan terbelah menggerunkan'



SEBAHAGIAN rumah penduduk di Padang musnah akibat gempa di Padang kelmarin.

Pelajar Malaysia lari terhuyung-hayang takut berlaku tsunami

PADANG: Air laut tiba-tiba surut dan jalan raya terbelah dua antara fenomena menggerunkan yang disaksikan seorang penuntut Malaysia ketika gempa bumi kuat, di sini pada Rabu lalu.

Melihat keadaan menakutkan itu, Mohd Ashraf Abdul Hamid, 23, yang ketika itu menaiki motosikal di tepi pantai, lari jauh dari pantai kerana takut berlaku tsunami.

"Saya cepat-cepat melarikan diri terhuyung hayang seperti orang mabuk," katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau untuk untuk pulang di tanah air menaiki pesawat tentera semalam.

Menceritakan detik cemas itu, Mohd Ashraf berkata, badannya bergoyang dan jatuh dari motosikal serta melihat orang ramai terbaring atas jalan.

Pelajar Tahun Tiga jurusan Perubatan Universiti Andalas itu berkata, selepas kira-kira setengah jam, kelihatan mayat di bawah runtuhan bangunan.

"Saya lihat polis dan orang ramai mengutip cebisan anggota manusia yang tertimbus seperti tangan dan kaki," katanya.
   ~Berita Harian (2009, 0ktober 03)

Subhanallah...Tiada yang benar-benar berkuasa selain dari Allah S.W.T
Marilah sama2 kita buka mata dan hati untuk menginsafi diri dalam setiap perkara yang telah, sedang, dan akan kita lakukan..
bertaubatlah selagi pintu taubat masih terbuka

nota:
1. sama2 berdoa untuk kesejahteraan diri, keluarga dan seluruh umat Islam di dunia.
2. muhasabah diri (khas untuk naimah)


2 budak comel:

naimah said...

luvnadya..comment da ok ye:)

nadya omar said...

ecehh,,
leh la comment byk2 pas nih,, huhuhuhu.. mentang2 xde clas mandarin ari nih,, leh lepak2 hupdate blog eh,, ecehhh

 
.naimah awi. Blogger Template by Ipietoon Blogger Template