Friday, August 10, 2012

starving

m.e.n.g.i.d.a.m

Laksa terengganu
Laksa makan dengan kuah merah. Kuah dia macam kari sket, tapi tak letak serbuk kari pun time masak. Rasa pedas-pedas, manis-manis...wah!sedap!

ketupat sotong
Ketupat sotong! Tapi yang ni tak payah nak susah-susah anyam. Sumbat pulut dalam perut sotong lepas tu masak dengan santan. Campur ngan hirisan halia, halba, bawang merah, pastu campur garam sket nak bagi effect lemak gitu. Eh, terbagi resepi pulak!

sotong celup tepung


ICT
Err..tangan ketar time upload gambar...nakkk niee!

nasi minyak tganu
Kat terengganu tak payah tunggu musim kahwin nak makan nasi minyak, sebab memang jadi makanan harian. Breakfast makan nasi minyak, amacam?haha

Tapi tak boleh lawan makanan ni yang aku memang tiap-tiap hari mengidam










kepok!
Orang terengganu kalau tak makan keropok memang kena tukar kerakyatan la..syuhh..pergi duduk kat Papua New Guinea la. wakaka

Wednesday, August 8, 2012

gila

Lahirkan 7 kembar, hanya 1 dibenarkan hidup.


Jinan Huang, seorang ibu berumur 33 tahun, melahirkan bayi kembar 7 di Shanghai, China. Wanita itu ketika ini berada dalam keadaan stabil setelah melalui proses melahirkan kesemua bayi itu yang memakan masa 31 jam, diberikan kesempatan selama 1 minggu oleh pihak berkuasa China untuk memutuskan 1 bayi yang akan dipilih untuk dibesarkan kelak.
“Saya bersama suami belum memutuskan sebarang pilihan lagi,” ujar Jinan yang ditemui wartawan beberapa minit setelah kelahiran yang ajaib tersebut terjadi.
“Tetapi kami telah mempertimbangkan dengan serius untuk membesarkan seorang bayi lelaki yang lahir pada urutan ke dua.
Dia adalah bayi paling berat dan oleh sebab itu kami berharap bayi tersebut akan berumur panjang dan kelak dapat menjaga kami ketika tua ini.”
“Sudah tentu kami tidak menginginkan untuk membesarkan walau seorangpun dari dua bayi perempuan yang lahir,” suami Jinan menambahkan. “Untuk hal ini kami sudah yakin.”
Ke 6 bayi lain yang tidak dipilih oleh Jinan dan suaminya akan dilemparkan dari atas puncak gunung, sesuai dengan ketetapan yang sudah termaktub dalam Undang Undang Kelahiran Kembar China. Sejak peraturan ‘Satu Keluarga Satu Anak’ dikuat-kuasakan pada tahun 1983,pemerintah China sudah membunuh lebih dari 65 juta bayi kembar di negara tersebut.
Jinan, yang mengaku bahawa sudah bertahun-tahun berusaha mendapatkan anak, dengan tegas menolak tuduhan bahawa dia mengambil pil kesuburan, dimana ia dilarang dengan pesalah akan dikenakan hukuman mati di China.
“Kepada seluruh rakyat China dan para pemimpin kami yang terhormat, saya memohon maaf atas kelahiran bayi kembar kami yang memalukan dan tidak bertanggung jawab ini.” Ujar Jinan
sumber
 
Makin lama, manusia makin gila. Takut pada ketetapan pemerintah dunia sehingga lupa ketetapan pemerintah dunia & akhirat!

Tuesday, August 7, 2012

path

assalamualaikum.

Lama tak menulis buat aku kekok. Kekok nak tekan 'POSTING' tab dekat blogspot, sebab dua tiga minggu ni aku banyak buka 'DESIGN' tab je dek kerana blog aku kucar-kacir. Kenapa kucar-kacir? Sebab tangan tuan blog ni gatal nak pergi ubah macam-macam tp blog macam nn$%&jk jugak.

Banyak benda nak bercerita tapi last sekali terkubur. Sila salahkan  masa, rasa malas, internet tak laju, idea tak datang. Itu punca aku tak menulis.



 
.naimah awi. Blogger Template by Ipietoon Blogger Template