Monday, May 13, 2013

testing

Assalamualaikum.

Lama tak update blog. Saya sangat sibuk sebenarnya. Urusan eksport import di Pelabuhan Klang ada masalah. Pekerja bawahan tak boleh di harap langsung, nak juga bos besar turun tengok.



Betul. Saya sibuk sangat.

Okey, lain kali cerita panjang ye.



Friday, April 12, 2013

calculating time.

Assalamualaikum.



Hari ini saya bawa bekal  ke tempat kerja. Cuma mee goreng campak ala kadar, tapi alhamdulillah kenyang.

Teringat zaman sekolah dulu, selalu juga bawa  bekal ke sekolah. Seronok sangat tengok kalau emak bangun awal pagi untuk siapkan bekal kami adik-beradik. Saya rasa emak seorang yang cool habis sebab sambil masak, kejutkan kami, siapkan baju sekolah, dan sedar-sedar dah letak bekal sorang satu dalam beg masing-masing. :) Oh, saya berharap satu hari nanti saya pun boleh jadi emak yang cool :)

Dan kalau tak bawa bekal ke sekolah, waktu rehat adalah waktu larian pecut ke kantin! Sebab masing-masing sibuk nak beli makanan. Pengawas yang jaga pun kitorang redah, lambatlah nak buat barisan bagai. Kecuali kalau abang pengawas darjah 6 hensem yang jaga, kitorang beratur sambil senyum. :)

Teringat dulu masa darjah 1 bawa duit ke sekolah cuma $0.50. Tapi masa tu dah rasa banyak dan cukup untuk beli makanan ye. Contoh yang biasa saya beli:

Nasi lemak/mee goreng= $0.30
Keropok/buah = $0.20
Air bawa dari rumah
:)

Itu tahun 1997/98, bolehlah beli dua makanan dengan $0.50 je, tapi kalau jumlah yang sama tapi di tahun 2013 rasanya satu makanan pun tak boleh beli. Yelah, nasi lemak pun dah $1.50. Jadi bawa lah bekal ke sekolah ye adik-adik, lebih terjamin kebersihan dan kesedapannya. Duit poket boleh simpan untuk ke menara gading. Wahh..gituee.

"Sabar itu pahit. 
Tapi cubalah telan kepahitan itu untuk rasa manis dihujungnya."


Monday, March 18, 2013

wordless monday


Friday, March 15, 2013

salam jumaat

Assalamualaikum.


Nasi lemak sambal paru, A+. Sambal paru memang terbaik. Mak cik nasi lemak, tolong kekalkan kesedapan nasi lemak anda ok, konfirm saya jadi pelanggan tetap mak cik.

Salam hari Jumaat semua.

Tuesday, March 12, 2013

selasa yang biru

Assalamualaikum.

Dah lama tak update blog dan tiba-tiba hari ini terasa nak update. Tapi nak share gambar je, boleh? Boleh jela.

Pada suatu pagi yang hening, kaki saya laju masuk mcDonald dan mengorder set sarapan dengan cemerlangnya. Baru 2 kali gigitan saya baru teringat yang saya pemboikot yang konsisten selama 6 bulan ini. Tak tahu nak menangis atau ketawa, saya teruskan juga makan sebab rezeki tak elok membazir.kbai.


Err..saya pandai masak paprik jerrr..gambar lain please..

 Kain nak pakai time akad nikah.
Berangan. Next picture please.


Ni nama dia sepatutnya mee celup. Mee yang berasal dari Kelantan. Tapi saya rasa dah macam taugeh celup dah ni. Betul ke eja taugeh macam tu sebab biasa saya panggil camboh. Tganu sangat anda naimah.
Tak faham camboh tu apa? Nexttt....


Sedap tau makan nasi bungkus macam ni. Rasa enak dia lain macam, betul tak tipu. Tapi rasanya bekas macam ni tak payah la buat partition kecil kat sebelah tu sebab tangan mengadu dia susah nak korek nasi.


Saya dapat anak buah baru! Nama dia Dhia, baby girl. Retis sangat nama anda. Hidung dia mahal.


Lembu Hari Raya Qurban hari itu. Saya pilih lembu. Abam-abam Big Bang tolak ketepi.


Gambar Tun memang akan selalu ada dalam folder picture saya. Alhamdulillah, diberi kesempatan untuk tengok beliau selalu.


Gambar ini sadis kisahnya. Kisah terkurung selama 2jam. Plan nak keluar pun dah tak jadi. Last-last masuk rumah tengok kartun Dora beg merah. Dora tanya, saya jawab. Nasib jawapan betul, kalau tak double sedih.


Budak ini ada kebolehan menjelma jadi singa kanak-kanak kalau tak kena mood dia. Mempunyai kebolehan makan nasi dua pinggan kalau lauk sedap,katanya. Hati kena kental kalau nak bersembang dengan dia sebab dia boleh kutuk orang dengan perasaan tak bersalah pun. Tapi dia comel dan pandai ambil hati orang jugak. Contoh ayat yang buat saya senyum sampai ke telinga, "Nah mak cik, ambik nasi Ecah sikit, mak cik nampak kurus dah tu, sian tak larat nak buat kerja nanti," mihmihmih, tahan nak senyum sebab happy dia cakap kurus.
Eh, budak itu anak buah saya jugak, Aisyah.

K, bye lain kali update lain pulak.

Monday, February 25, 2013

sad very sad

Terjumpa satu cerita horror dari Hong Kong. Filem ni dah agak lama, terbit tahun 2008. Dan saya baru tengok di tahun 2013, thumbs up.

Baca komen-komen cakap citer ni sedih. Nak tahu tang mana sedihnya, gagahkan diri untuk tengok sampai habis juga.

Dan ianya, memang sedih! Lebih sedih dari mohon bantuan BRIM tapi masih enggak dapat uangnya.


Wednesday, February 20, 2013

random talk


"Hobi awak apa?"
"Hobi saya mengumpul setem, awak pulak..?"
"Hobi saya membaca tau.."
"Buku apa yang awak baca?"
"Erm..komik Pedang Setiawan..erk"

Pada zaman dahulu kala, masa kecil memang  suka baca komik macam ni sebab pengaruh abang. Watak dalam komik itu boleh ingat, Penjejak Awan la, Penjejak Badai la, yang nama ala-ala cina susah nak ingat. Hari tu selongkar almari buku, terjumpa balik komik ni. Bila dah besar ni punya la rasa cerita tu penipu tahap gaban. Segala isi langit dan bumi ni si Penjejak-penjejak tu conquer, punya la magis kuasa dorang. Tergelak sorang-sorang baca.

Tapi terima kasih pada komik ini sebab saya mula menanam minat membaca pada usia yang masih muda. Tu diaa..ayat karangan SPM.
Seingat saya usia 5 tahun saya dah mula lancar membaca. Habis buku kakak dengan abang saya baca. Kiranya bab-bab dasar negara, sejarah perlembagaaan negara saya dah mula hafal dalam usia 7 tahun gitu. Hah..nampak sangat pengarang bijak menipu kan.

Punya la obses saya pada buku sampai saya menjadi pengawas perpustakaan selama 3 tahun berturut-turut di sekolah rendah, dan 3 tahun berturut-turut juga di sekolah menengah. Tapi masalah besar timbul bila saya sedikit tidak berminat kepada buku sekolah tetapi lebih cenderung kepada buku fiksyen dan sewaktu dengannya. Dan akibat masalah ini faham-faham jelah ye. Benar kata pepatah, disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga dan disebabkan malas sedikit rosak result SPM kita.

Tapi tak apa, walaupun result SPM saya tak cemerlang dan gemilang, saya masih boleh berjaya. Motivation kena tinggi kan. Jadi saya masih mengekalkan buku sebagai agenda saya dan memilih bidang Perpustakaan sebagai jaminan hidup masa hadapan saya. Sekali lagi karangan SPM.

Masa berlalu, dan saya pun sudah besar, kecenderungan saya pada buku pun dah semakin berkurang. Saya pun tak tahu kenapa twisted sangat dah perangai saya ni. Malas bebenor nak membaca. Tapi tengok movie saya suka, kalau movie feveret, sampai 10 kali pun saya tengok lagi. Patut ke saya salahkan teknologi mendownload movie secara free buat saya jadi malas baca buku?kbai. Dan sekarang bila berjumpa abang dah takde Penjejak-penjejak bagai ni tapi
"Eh..ada movie baru?"
"Takde, mung(kamu) pun takde cerita kerat-kerat dah ke?"
teet..18SG.

Jadi sekarang saya sedang cuba membaiki kemalasan diri ini. Saya tengah cuba habiskan beberapa buah buku yang saya beli pada tahun lepas. Dan berharap  agar buku itu saya habiskan sebelum bertemu lagi pada tahun hadapan.
Moral of the story: Membaca itu jambatan ilmu. Rajinkanlah diri kita membaca walaupun sepotong ayat.mihmihmih..tetiba rasa macam Dr.Fadzilah Kamsah.


Buku ni saya beli semata-mata nak tandatangan Tun jer..keji x perangai

Tuesday, February 19, 2013

jodoh



Setelah sudah dewasa ni., perkara jodoh mula masuk dalam senarai penting untuk difikirkan. Jodoh, ajal dan maut itu di tangan Tuhan. Ayat yang selalu kita dengar dan baca kan. Tapi kalau nak bersembang, bab jodoh bab yang paling sedap untuk di sembangkan. Jarang orang nak bersembang bab ajal dan maut ni sangat walaupun ajal dan maut itu lebih penting. Kita manusia memang begitu.

Dengan kawan-kawan sebaya yang dah ramai naik pelamin, angin tempias itu terkena jugak lah pada saya. Tipu lah kalau tidak cemburu lihat kawan-kawan bahagia tetapi mungkin belum sampai masa buat saya. Kadang-kadang fikir mungkin Tuhan belum temukan jodoh buat saya sebab saya sendiri belum bersedia ke arah itu. Seriously, saya tidak bersedia! Saya sendiri pun tak faham lagi perangai saya, macam mana nak faham perangai orang lain, berlainan jantina pulak tu! :(

Hidup kita bukan macam drama Korea. Walaupun sang heroin buruk, kadang-kadang tua tapi sebab dia heroin sang hero hanya tersenyum dan cakap "alololo..cutenya".:p Saya tak memilih sangat tapi biarlah jodoh saya nanti boleh terima saya seadanya sebab jujurnya diri saya complicated, susah difahami. Saya tak suka lelaki yang ego, berlagak tunjuk kebolehan sendiri, definitely no. Saya cuma nak seseorang yang simple, cool, dan senang di bawa berbincang. Dan juga pandai menari k-pop.lalalala..gurau je.

Dan bonus bila dia seperti ini

argh..melting!
atau

hidung berdarah..antar pg hospital!
Saya tak tahu kenapa saya perlu taip entry berunsur-unsur gatal ni. Tapi tula, macam yang saya cakap tadi saya ini complicated, susah difahami..kahkahkah.

"Hai mambang, berdampinglah dengan ku wahai si mambang.."


Friday, February 15, 2013

undur diri

Assalamualaikum..

Hampir sebulan tak menulis di sini. Saya tak sibuk pun tapi saya malas. Malas nak berkongsi apa-apa. Dan hari ni penyakit malas tu berkurang sikit, jadi saya taip lah entry ini.

Saya dah berusia 24 tahun pada minggu lepas ! Ya Allah! Syukur.

Flashback 24 tahun lepas: 
Pada hari bulan 8,bulan 2 dan bertahun 1989 Puan Fatimah bt Hamzah telah mula rasa sakit tanda bayi yang dikandung beliau selama 9 bulan sudah mula gatal hendak keluar melihat dunia. Rasa sakit itu bagi beliau mungkin small matter je sebab beliau sudah merasakan kesakitan dan keperitan itu sebanyak 8 kali sudah, dan ini kali ke 9 kesakitan itu datang. Maknanya nak bersalin anak ke 9 la tu.
Maka dipendekkan cerita, pada hari itu lahirlah seorang budak gegirl yang tak berapa cantik tetapi comel itu. Dan dipendekkan cerita lagi, budak itu di beri nama Naimah. Saya lah itu, jangan buat tak paham pulak.
Maka dipendekkan cerita lagi, membesarlah budak gegirl itu bersama-sama emak dan ayah serta adik-beradiknya yang lain dengan penuh kepayahan serta kesenangan yang diharungi bersama. Beliau mula bersekolah seawal usia 3 tahun kerana terpaksa meneman abangnya yang asyik menangis di tadika KEMAS berdekatan dengan rumahnya. Akibat terlalu lama bersekolah tadika, beliau boleh dianggap 'otai' di kalangan kawan-kawan setadika dan menjadi orang kanan kepada cikgu Saleha, cikgu tadika KEMAS itu. Beliau mula pandai membaca di awal usia 4 tahun dan selalu menjadi harapan tadika dalam acara lari dalam guni (apakah?).



 (bersambung...tiba-tiba idea beku. kahkahkah..)

mekasih kawan!

 
.naimah awi. Blogger Template by Ipietoon Blogger Template