Monday, December 31, 2012

jawapan jujur kepada miss hidy.


Hi bloggers,
Malas betul nak jawab soalan ni tapi da bff yang request so wajib jawab la ek :P


1. Siapa diri saya dirumah?

  • Diri sendiri.
  • Suka sangat bangun awal...sampai ayah azan subuh kat telinga.

2. Siapa diri saya disamping rakan?
  • Seperti burung-burung berkicauan mencari jalan pulang ke sangkar masing-masing.
Pizza kurangkan kontroversi tingkatkan prestasi.


3. Dua benda yang di idam-idamkan, tapi tak dapat lagi
  • Expected salary RM2000-RM3000 tercapai.
  • Current salary RM1000-RM1100 boleh pandang sebelah mata je.heh.

4. Siapakah nama pasangan merangkap buah hati pengarang jantung saya?
  • Jantung pisang.
Tangan-tangan rakus. wow,cincin dijari.

5. Ceritakan LIMA perkara saya paling suka tentang dia
  • Membantu menurunkan tekanan darah tinggi
  • Rendah dari segi kalori lemak dan sodium yang membantu menurunkan kolestrol.
  • Merawat cirit birit.
  • Rasa lebih ceria selepas menemuinya.
  • Sedap dibuat kerabu.

6. Tarikh membina ikatan?
  • Bulan depan kot mak saya buat kerabu jantung pisang.

7. Kenangan pahit bersama pasangan anda?
  • Ehem2..setakat ini manis-manis aja.

8. Lagu Tema Cinta?
  • Set a fire to the rain. auww.
Manis leting.

9. Apa perubahan yang saya nak tengok pada dia?
  • Lebih cepat berbuah kalau ayah saya tanam pokok pisang. Lambat sangat nak tunggu makan.
10. Tag member laen
  • Tak boh. (ayat terengganu bermaksud tak nak.)

p.s: Penatnya mengarut.hahaha.

Wednesday, December 19, 2012

perjalanan yang tak disangka.




Assalamualaikum.

Straight to the point, hari minggu lepas saya pergi tengok wayang. Dan filemnya adalah The Hobbit: Unexpected Journey. Tapi, masa beli tiket itu tak ada la saya sebut penuh tajuk filem itu, cakap je "kak, nak tiket the hobbit 3, nak duduk seat tengah ea." Ok,setel dah dapat tiket. Jangan lupa bayar harga tiket ye adik-adik.

Ehem-ehem, tunjuk poster gempak dulu.



dan lagi



Sebagai peminat-kipas-susah mati The Lord of The Rings part 1,2 ,3..filem ini sudah pasti menarik perhatian saya. Amboi, buat karangan bahasa melayu SPM nampak.

Tujuh tahun kot tunggu mesti lah teruja kan. Dan rasanya agak berbaloi tunggu selama tu sebab The Hobbit ni takdelah mengecewakan sangat. Sebab dah kenal watak-watak dalam TLOFTR sebelum ni, jadi tak ada masalah terbelit-belit jalan cerita. Cerita ni ada kaitan sikit dengan jalan cerita TLOFTR, tapi banyak berkisar tentang Bilbo Baggins, kaum Hobbit yang pendek, berkaki besar serta comel itu.

Oh saya tak pandai nak buat review filem ini tapi apa yang boleh saya katakan berbaloi tengok. Jalan cerita tak memeningkan, sinematografi yang cantik, suspens campur lawak yang seimbang, pelakon-pelakon baru yang ohsem, and The Gandalf yang cool!

Tapi star untuk filem ini bagi saya ialah



 Ya, Kili the dwarf! Walaupun anda orang kerdil tapi anda hensem dan cool serta lawak. The Lord of the Rings mungkin ada Legolas the Elf yang hensem itu tapi The Hobbit ada Kili.huhuhu..gelak gatal.

Bagi yang belum menonton, silalah ke panggung wayang berhampiran dengan anda. Ataupun download di internet aje. Tak nak tengok pun takpe, tak berdosa.heh.

Sekian.

Tuesday, December 4, 2012

quote for life.





"Hanya kerana sesuatu tidak berlaku kepada anda sekarang, tidak bermakna ia tidak akan berlaku kemudian."



Tak susah, saya google image dan google translate je untuk entry ini.lol.



 
.naimah awi. Blogger Template by Ipietoon Blogger Template