Thursday, May 31, 2012

*[004] Syukur

Semenjak dua ni banyak kali aku mengeluh rasanya. mengeluh dalam banyak perkara. Bas lambat mengeluh, tak dapat kerja lain lagi mengeluh, baju berlambak tak basuh mengeluh, bangun pagi mengeluh, buat ocr mengeluh (apakah?), mengeluh, mengeluh, mengeluh.

Apalah sangat kalau nak dikirakan jika dibandingkan dengan mat-mat bangla+indon yang tahan bas tapi driver tak nak berhenti, orang lain yang masih menganggur 3-4 tahun still bukak jobsmalaysia setiap hari, pekerja kedai dobi yang kena mengadap baju berlonggok-longgok setiap hari, dan manusia-manusia lain yang lebih susah dari aku. Kamu patut malu dengan diri kamu naimah. Ok, insaf.


“Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat keluh kesah lagi kedekut. Apabila dia ditimpa kesusahan, dia berkeluh kesah dan apabila dia mendapat kebaikan dia amat kedekut.” [70 : 19-21]


Tuhan nak uji kita sebenarnya. Dia ciptakan umatNya berserta dengan sifat keluh-kesah sebab nak lihat sejauh mana kesabaran kita untuk mendapatkan nikmatNya. Dan kadang-kadang, bila dah dapat nikmat, penyakit kedekut pulak datang. Manusia-manusia.

Cuba googling pasal rakyat negara-negara miskin cam Afrika. Sedih tengok keadaan dorang, lahir ke dunia cuma menanti masa untuk mati. Sanggup minum air kencing kerbau sebab tak ada air untuk diminum. Tragik giler aku rasa.

virus korea dimana-mana..google pasal africa pun keluar gambar artis korea.


  Pengalaman aku sendiri tengok keadaan orang Islam selatan Thai yang memang hidup susah. Brekfes yang paling mewah kat sana cuma bubur nasi. Harga dalam 10baht bersamaan RM1 kita la. Aku try makan, cuma bubur nasi biasa je, daging ayam pun 2-3 hiris,daun bawang, dan sos. Sejujurnya, tekak aku tak boleh telan, mungkin cara dorang masak lain. Atau juga tekak aku tak biasa makan benda macam tu. Paling lekeh, bubur nasi kat Malaysia ni, ada daging,ayam, ikan bilis, sayur. Time tu la, baru rasa syukur sangat-sangat sebab lahir kat tempat yang macam-macam kita boleh jumpa makanan. Tapi penduduk kat situ, nampak bahagia sangat, tak kisah rezeki apa yang ada, tak pernah mengeluh.


Moral of the story, kurang-kuranglah mengeluh. Tak ada benda yang datang kat kita bergolek je, kena usaha jugak macam mane sekalipun. Lepas tu, tawakal. InsyaAllah, selamat dari cobaan dunia.
Sekian.

Monday, May 28, 2012

*[003]: mimpi 1

mimpi Tun. Mahathir dah nak bersara (bukan dah lama bersara ke??), dah tak nak datang opis, nak rehat kt umah je.
makanya, PLF kena tutup sebab penaung dah tak nak datang, so xde point lagi kalu nak bukak pun.
Aku? angkut barang balik Terengganu tanam jagung.

 haip!men kasaq nampak mimpi ni. Tunggula aku dapat kerja lain dulu nak mimpi camni pun.

Friday, May 18, 2012

instagram effects


kembali berblogging selepas mendiamkan diri beberapa bulan.
what to do, virus berblogging ni cepat sangat berjangkit, tak tahan aku tgk masing-masing bukak blogspot tab.
dulu aku ingat memang dah nak resign dari jadi blogger, tapi nampak macam jodoh aku ngan blogspot panjang lagi. alhamdullilah.
insyaAllah kalau ada masa dan waktu memang akan kembali menaip. harapnya jangan hangat-hangat tahi ayam sudah. tahi ayam ok. macam sedap pulak taip perkataan tahi nie. ok, sekali lagi, tahi. dah, cukup naimah. wakakaka

Blogging? Blogger?

 
.naimah awi. Blogger Template by Ipietoon Blogger Template