Monday, June 25, 2012

bila menyampah




Korang pernah tak jumpa lelaki yang suka layan semua perempuan?
Layan dalam erti kata bila dengan kita dia cakap benda tu, bila jumpa dengan perempuan yang baru dia kenal pun dia cakap benda yang sama.

Contoh:
Dengan aku: "I like u!"
Dengan perempuan baru 2 minit kenal: "I like u!"


So, good bye! 

Thursday, June 21, 2012

*[010] gelabah





Labah-labah apa paling geli? 





Jawapan dia .....GeLabah. 
ok, tak lawak.



Apakah itu gelabah?Sila bincangkan kebaikan dan keburukkannya.
-30 markah, 
Peperiksaan pertengahan tahun  darjah 4 sekolah jenis kebangsaan Tamil.
..............


Ha, tahu nak gelabah bila tanya pasal gelabah nie..haha. 

Bagi aku perasaan gelabah nie normal ada pada setiap orang. Cuma kita kena pandai seimbangkan sebab gelabah lebih-lebih ni tak elok sangat. Tak manis dipandang..eh..tetiba.
Atau gelabah ni asalnya ada kaitan dengan genetic hormone erk?. Sebab bila aku tengok keluarga aku, mak dan ayah memang jenis super double gelabah. Kalau kat rumah, ayah bos besar, mak adalah Quality Control. Semua benda nak detail dan kena bagi report..haha. Mak nampak cool je , tapi bila jadi sesuatu, gelabah macam apa. Janganlah buat kerja bodoh, pergi buat lawak abang kena langgar ngan semut ke, maunya dia pengsan time tu jugak.

Bila aku tengok adik-beradik aku, yang mewarisi penyakit gelabah tak bertempat  ni, sorang je pun. Kakak yang sulung. Yang lain, 50-50..macam aku la, kalau datang angin gelabah benda kecil pun aku duk gelabah fikir.
Tapi ada juga adik-beradik aku yang aku tengok macam takde perasaan gelabah langsung. Ye, abang aku. 

Aku call suruh ambik aku kat sekolah pukul 2, dia bantai datang pukul 3.30. Bila ditanya, takde apa yang nak dikejarkan, ambil pukul berapa pun sampai rumah juga., katanya.

Bas ke Shah Alam gerak pukul 10 pagi, pukul 9 dia baru mandi. Kemas-kemas sumbat barang, makan, salam, dah nak pergi, tapi patah balik.
"Ha, apa lagi ni?", ayah.
"Er, tertinggal pencuci muka kat toilet", abang, sambil jalan ke toilet ambil pencuci muka.

Lepas 3 minit.
"Dah ambil dh? Make up, bedak, lipstik, kat bilik confirm dah ambik, nanti susah pulak nak patah balik", ayah.
Dush! ambik sebijik, aku bantai gelak je kat tepi.

...................



Korang dah baca pasal wanita China yang dipaksa gugurkan kandungan yang dah masuk 7 bulan sebab dia termengandung kali ke2?
 Ini namanya gelabah macam harommm je...
Bagi yang belum tahu, kerjaan China amalkan dasar 1Keluarga 1Anak supaya negara mereka yang dah padat penduduk dia itu tak bertambah padat sampai melimpah keluar. Jadi bila mereka-mereka si pengamal dasar kejam ini dapat tahu wanita ni mengandung kali kedua, mula la gelabah dan paksa dia gugurkan kandungan.
Aku tak pasti macam mane dorang buat prosedur gugurkan anak ni, tapi yang pasti memang menyakitkan sebab baby tu dah besar, 7 bulan kot.


..................


Hari tu, tengah aku santai-santai makan kuaci, kakak aku datang.
"Eh mah, aku nak buat blog la, camne ye?Best gak kan ada blog ni, boleh taip-taip.

Sudah..nak ada blog la plak.
"Mmm..buat ikut blogspot la, wordpress susah sket kot..ntahlah aku tak tau sangat pasal blog-blog ni, bla..bla..bla..buang masa je blog ni...yahudi ni..bla..bla"

Lepas dua minggu.

"Mah, camne ye nak buat layout cantik sket kat blog aku ini?"
"Ala, download kat internet jela kot"
"Tak nak, aku nak buat macam blog ko tu".

Aku telan air liur. Mampuih, kakak aku dah tahu aku ada blog. Yang ni memang aku gelabah tahap dewa.



ZZzzz...ngantuk buat kerja.entri ni..

Monday, June 18, 2012

*[010] emotion

Setiap orang ada masalah masing-masing. Cubalah faham.
Cuba letak diri anda dalam kasut orang lain.
Put yourself in someone else' shoes.

Try bau dia macam mane, nak sangat.

saya tak garang, cuma terbalikkan meja bila marah.

Aku tak suka expresskan marah aku bila ada masalah. Kadang-kadang aku buat muka takde perasaan.
Malas nak mikir.




Kadang-kadang buat sawan.


 err...tapi biasanya buat muka blur je.



Tapi bila difikirkan kembali, tak guna lari dari masalah sebab lari pun, masalah itu tetap kejar kita.



Berat mana pun masalah itu, selalu pujuk hati agar terima dengan redha dan cuba selesaikannya.

Taec kuat angkat wooyoung. small problem katanya.





Dan yang penting senyum selalu.





 bye!
takde idea nak updet blog sebenarnya.

Wednesday, June 13, 2012

*[009] ketagih

Amaran awal, peminat tegar Korea digalakkan membaca. Yang lain nak tapis, skip, tak baca terus pun tak apa.wakakaka


sekarang ni virus k-pop a.k.a korea merata-rata kan. Bukan kat Malaysia je aku rasa, dunia kot. Pernah tengok video minah omputih histeria, jerit-jerit nyanyi lagu korea. Hambik ko, kalah Justin Bieber..hahaha
Aku pun xde kurangnya. Dulu bukan main, cakap band kpop cam pondan la, komunis la, kutuk giler-giler. Sekarang, orang kutuk Shinee pun aku sentap. Eh..tetiba.

Dulu minat setakat drama diorang je, pastu boyband dorang, (girlband?err..minat jugak, tapi apa barang perempuan minat giler-giler kat SNSD, mestilah opposite kan..hahaha) sekarang ni, asal ada tulisan korea je aku nak usha, tengok tv ada sebut pelancongan kat Korea, aku concern. Sampaikan urusan ekonomi antara Malaysia dengan Korea pun aku take note..hahaha..punya la ketagih kat Korea. Lain pulak sebut ketagih kan, addicted la, sopan sket.

Bila dah femes ni, mestilah banyak produk-produk dari Korea yang jual kat sini kan. Aku yang memang sensitif dengan benda ni semua lagi la tak senang duduk bila nampak barang Korea kat depan mata kan. Jadi, ada la 2 3 barang yang aku beli dan tengah pakai sekarang, yang pasti of cos la produk kecantikkan kan.


Beli di Watson, ada tiga jenis. Rasberry, Egg, dan Serum apa ntah. Yang aku dah cuba rasberry, memang best. Rasa segar sangat, sesuai dengan kulit aku. Masa pakai tu, rasa cam 4 muka kat pack 2 ada atas muka aku..wakaka..overdose ko naimah. Anda-anda di luar sana boleh try test ye.







 Nose strip with charcoal. Bestnya sebab ada box, dalam tu ada 6 strips, jadi macam berbaloi juga la dengan harga. Yang ni biasa-biasa je bagi aku, macam ada je lagi aku punya bintik-bintik hitam kat hidung ni. Beli pun sebab comel dan made in Korea. Overdose lagi.haha

Setakat ni dua tu jela aku baru cuba, review? Ok la sebab sesuai dengan kulit muka, dan takde kesan sampingan lain lagi. Produk-produk macam ni jela rasanya aku berani cuba. Produk makanan dorang? Tangan aku tak tercapai lagi nak ambik sebab fikir halal ke tak..halal ke tak. Aku pernah nampak biskut korea yang di jual kat supermarket, comel giler dia punya packaging, memang rasa nak try je. Tapi bila fikir balik halal ke ni, terus cancel.

comel...:)






Tuesday, June 12, 2012

*[008] pelangi itu indah



"Zaid, jangan kacau kakak dan abang nak mengaji nie"
"Mana ada Quran nak mengaji, nie orang tengah belajar la"

Aku senyum. Itu peristiwa yang berlaku ketika aku di tingkatan 5. Perbualan cikgu fizik aku dengan anak dia. Comel. Cikgu aku bernama Zaidon, anaknya Zaid. Ringkas tapi comel. Aku agak orang sains ni tak suka nama panjang-panjang kot, senang nak panggil. Telahan aku je.



Ketika di surau Putrajaya Sentral, aku solat di sebelah seorang wanita. Kusyuk dia solat. Ketika aku baru mengangkat takbir, dia capai tasbih, berzikir dan berwirid. Lama. Usai aku solat, dia masih dengan tasbihnya. Aku pandang beg sandang disebelah, ada logo MAS. Bukan brand mas joko tetapi Malaysia Airlines. Kagum, kerana jika benar telahan aku wanita itu seorang pramugari, dia pasti bukan calang-calang. Aku sendiri jarang memegang tasbih, berzikir dan berwirid, agaknya boleh dihitung dengan jari. Berjemaah di rumah bersama keluarga, berzikir dan berwirid bersama-sama pun buat aku kadang-kadang tak senang duduk, sibuk memikirkan urusan dunia yang lain.
Benar, wanita itu seorang pramugari. Kagum di mata aku kerana kadang-kala aku memang bersikap spektikal. Suka memandang luaran tanpa melihat isinya.

Tiba-tiba aku teringat satu kisah. 
Kisah seorang pelacur di zaman Rasullulah s.a.w yang di ampunkan dosa-dosanya hanya kerana seekor anjing agaknya sudah di ulang dengar oleh semua orang.
Tapi kebelakangan ini, aku suka membaca kisah ini. Ulang, ulang dan terus ulang. Seingatnya, kali pertama aku mendengar kisah ini dari ayah, ketika kecil. Cuma mendengar tetapi tidak memahami. Lumrah anak kecil.
Di usia sekarang aku mula memahami, aturan hidup itu amat cantik. Ketentuan awal tidak semestinya penyudah pengakhiran. Tak faham? Bincangkan.

Aku rasa luaran sahaja tak cukup untuk kita menilai baik buruk seseorang itu. Sebab semuanya dalam kuasa Pencipta kita semua. Dekat rumah aku, banyak pokok-pokok buah mangga. Buahnya memang cantik, kulit flawless, tapi bila dikupas, isi yang elok cuma sedikit, yang lain buruk, berulat. Itu contoh mudah.
Begitu juga dengan manusia, kadang-kadang luarannya nampak sempurna,memenuhi ciri-ciri muslim-muslimat yang sejati tetapi hatinya busuk,berulat. Kadang-kadang, tak semuanya hadirin-hadirat sekalian.

Aku sendiri bukan manusia sempurna. Banyak koyak-rabaknya. Bukan badan aku ye, tetapi peribadi. Masih banyak perlu diperbetulkan, di renung, di tampal, di cantum. Pesanan ini sebenarnya untuk aku, supaya sentiasa sedar diri.








Jangan tanya , apa kaitan dengan dua cerita di atas sebab aku pun tak pasti.
Oh ya, NadiPutra pengangkutan awam di Putrajaya ada anjurkan pertandingan. Sila tulis nama, nombor kad pengenalan, serta nombor telefon anda di belakang tiket bas setiap kali naik. Mungkin anda bertuah untuk menang hadiah.


Tuesday, June 5, 2012

*[007] sticky post..wakaka


VS 





wakaka..mati la aku kena kutuk jap ag. Ingat perkataan VS tu ye, bukan sama kan 2 gambar tu ye. Sekian. wakakaka.

Monday, June 4, 2012

*[006]

Aku lupa sekarang musim cuti sekolah kan, patutla bila buka facebook tadi, ramai betul upload gambar kawen. Syukur. Tahniah kepada kawan-kawan aku yang dah selamat jadi isteri atau suami orang. Muda-muda dah pegang status tu, Alhamdulillah.

Tapi ada rasa terkilan jugak, sebab tak ada angin, takde ribut, tengok-tengok dah sebulan kawen. Fikir positif, mungkin dorang dah hantar invitation pakai fesbuk kot, fesbuk kan dah masuk saham Nasdaq. Global gitu.

 Aku sebenarnya tak kisah kalau orang nak jemput ke, tak nak jemput ke, tapi kadang-kadang hati manusia ni cepat betul terasa. Benda penting macam ni sekurang-kurangnya dihebahkan la juga direct dari mulut. Lagi ok rasanya. Tapi takpe, saya tak di jemput, saya ok.



 .....................................

Saya nak updet pasal K-pop skit ni. Uih..updet pasal k-pop terus tukar kata ganti nama pertama. Apew salahnya, sekali sekala gedik gitew, bolewyh jew kan wak..silew muntah sekawrang.



Oh my gosh! (tangan ke bahu, mata pandang atas). 어떻게해야! sila google translate kalu nak tahu maksud ni.hakhakhak.

Ala abam-abam hot VIPs ni nak datang Malaysia la, macam mane ni..tak leh tidur malam la..haha..over taw awak..

Konsert dorang 27 Oktober ni, sehari lepas ari raya Haji. Bagus punya tarikh, saya tahu la abam-abam ni tak sembelih lembu, agak-agak la pun. Hish, dilema betul la..dah la family aku, eh..saya, jenis berkumpul satu family time raya haji, time tu la nak buat kenduri ke apa. Kalau tetiba cakap tak boleh balik sebab nak pergi tengok konsert k-pop, mau pengsan ibu dan ayah saya. 

Jadi macam mane ni, Big Bang ke makan lembu? eh..sambut raya haji. Takpe, korang yang baca blog ni tak yah pening, saya tak suruh bincangkan pun.

Tapi yang pasti, start bulan ni dah start menabung supaya saya boleh dapat ticket yang betul-betul depan, boleh tengok muka abam-abam ni dengan jelas ye. Bak kata cik widuri, nak naik atas stage, pegi peluk abam G-Dragon. over taw awak....hakhakhak.

..............................................



*naimah bengong ari ni, abaikan.
**entri adalah suka ati, jadi xde tajuk.

Friday, June 1, 2012

*[005] cakephononism

Aku rasa macam nak makan kek la.
Ni gara-gara tengok blog ini, ini, ini, dan ini ...



Tapi yang pasti bukan kek ini



gulp! give me ur heartbeat


tenung bang...wakaka
sanggup makan?haha

sumber: cisdel blog, lilivanili
 
.naimah awi. Blogger Template by Ipietoon Blogger Template