Monday, June 4, 2012

*[006]

Aku lupa sekarang musim cuti sekolah kan, patutla bila buka facebook tadi, ramai betul upload gambar kawen. Syukur. Tahniah kepada kawan-kawan aku yang dah selamat jadi isteri atau suami orang. Muda-muda dah pegang status tu, Alhamdulillah.

Tapi ada rasa terkilan jugak, sebab tak ada angin, takde ribut, tengok-tengok dah sebulan kawen. Fikir positif, mungkin dorang dah hantar invitation pakai fesbuk kot, fesbuk kan dah masuk saham Nasdaq. Global gitu.

 Aku sebenarnya tak kisah kalau orang nak jemput ke, tak nak jemput ke, tapi kadang-kadang hati manusia ni cepat betul terasa. Benda penting macam ni sekurang-kurangnya dihebahkan la juga direct dari mulut. Lagi ok rasanya. Tapi takpe, saya tak di jemput, saya ok.



 .....................................

Saya nak updet pasal K-pop skit ni. Uih..updet pasal k-pop terus tukar kata ganti nama pertama. Apew salahnya, sekali sekala gedik gitew, bolewyh jew kan wak..silew muntah sekawrang.



Oh my gosh! (tangan ke bahu, mata pandang atas). 어떻게해야! sila google translate kalu nak tahu maksud ni.hakhakhak.

Ala abam-abam hot VIPs ni nak datang Malaysia la, macam mane ni..tak leh tidur malam la..haha..over taw awak..

Konsert dorang 27 Oktober ni, sehari lepas ari raya Haji. Bagus punya tarikh, saya tahu la abam-abam ni tak sembelih lembu, agak-agak la pun. Hish, dilema betul la..dah la family aku, eh..saya, jenis berkumpul satu family time raya haji, time tu la nak buat kenduri ke apa. Kalau tetiba cakap tak boleh balik sebab nak pergi tengok konsert k-pop, mau pengsan ibu dan ayah saya. 

Jadi macam mane ni, Big Bang ke makan lembu? eh..sambut raya haji. Takpe, korang yang baca blog ni tak yah pening, saya tak suruh bincangkan pun.

Tapi yang pasti, start bulan ni dah start menabung supaya saya boleh dapat ticket yang betul-betul depan, boleh tengok muka abam-abam ni dengan jelas ye. Bak kata cik widuri, nak naik atas stage, pegi peluk abam G-Dragon. over taw awak....hakhakhak.

..............................................



*naimah bengong ari ni, abaikan.
**entri adalah suka ati, jadi xde tajuk.

2 budak comel:

blackhearty said...

yeah..big bang is back!
kumpol wit jgn x kumpul..

naimah said...

lembu cmne weh..
wakaka

 
.naimah awi. Blogger Template by Ipietoon Blogger Template