Thursday, June 21, 2012

*[010] gelabah





Labah-labah apa paling geli? 





Jawapan dia .....GeLabah. 
ok, tak lawak.



Apakah itu gelabah?Sila bincangkan kebaikan dan keburukkannya.
-30 markah, 
Peperiksaan pertengahan tahun  darjah 4 sekolah jenis kebangsaan Tamil.
..............


Ha, tahu nak gelabah bila tanya pasal gelabah nie..haha. 

Bagi aku perasaan gelabah nie normal ada pada setiap orang. Cuma kita kena pandai seimbangkan sebab gelabah lebih-lebih ni tak elok sangat. Tak manis dipandang..eh..tetiba.
Atau gelabah ni asalnya ada kaitan dengan genetic hormone erk?. Sebab bila aku tengok keluarga aku, mak dan ayah memang jenis super double gelabah. Kalau kat rumah, ayah bos besar, mak adalah Quality Control. Semua benda nak detail dan kena bagi report..haha. Mak nampak cool je , tapi bila jadi sesuatu, gelabah macam apa. Janganlah buat kerja bodoh, pergi buat lawak abang kena langgar ngan semut ke, maunya dia pengsan time tu jugak.

Bila aku tengok adik-beradik aku, yang mewarisi penyakit gelabah tak bertempat  ni, sorang je pun. Kakak yang sulung. Yang lain, 50-50..macam aku la, kalau datang angin gelabah benda kecil pun aku duk gelabah fikir.
Tapi ada juga adik-beradik aku yang aku tengok macam takde perasaan gelabah langsung. Ye, abang aku. 

Aku call suruh ambik aku kat sekolah pukul 2, dia bantai datang pukul 3.30. Bila ditanya, takde apa yang nak dikejarkan, ambil pukul berapa pun sampai rumah juga., katanya.

Bas ke Shah Alam gerak pukul 10 pagi, pukul 9 dia baru mandi. Kemas-kemas sumbat barang, makan, salam, dah nak pergi, tapi patah balik.
"Ha, apa lagi ni?", ayah.
"Er, tertinggal pencuci muka kat toilet", abang, sambil jalan ke toilet ambil pencuci muka.

Lepas 3 minit.
"Dah ambil dh? Make up, bedak, lipstik, kat bilik confirm dah ambik, nanti susah pulak nak patah balik", ayah.
Dush! ambik sebijik, aku bantai gelak je kat tepi.

...................



Korang dah baca pasal wanita China yang dipaksa gugurkan kandungan yang dah masuk 7 bulan sebab dia termengandung kali ke2?
 Ini namanya gelabah macam harommm je...
Bagi yang belum tahu, kerjaan China amalkan dasar 1Keluarga 1Anak supaya negara mereka yang dah padat penduduk dia itu tak bertambah padat sampai melimpah keluar. Jadi bila mereka-mereka si pengamal dasar kejam ini dapat tahu wanita ni mengandung kali kedua, mula la gelabah dan paksa dia gugurkan kandungan.
Aku tak pasti macam mane dorang buat prosedur gugurkan anak ni, tapi yang pasti memang menyakitkan sebab baby tu dah besar, 7 bulan kot.


..................


Hari tu, tengah aku santai-santai makan kuaci, kakak aku datang.
"Eh mah, aku nak buat blog la, camne ye?Best gak kan ada blog ni, boleh taip-taip.

Sudah..nak ada blog la plak.
"Mmm..buat ikut blogspot la, wordpress susah sket kot..ntahlah aku tak tau sangat pasal blog-blog ni, bla..bla..bla..buang masa je blog ni...yahudi ni..bla..bla"

Lepas dua minggu.

"Mah, camne ye nak buat layout cantik sket kat blog aku ini?"
"Ala, download kat internet jela kot"
"Tak nak, aku nak buat macam blog ko tu".

Aku telan air liur. Mampuih, kakak aku dah tahu aku ada blog. Yang ni memang aku gelabah tahap dewa.



ZZzzz...ngantuk buat kerja.entri ni..

1 budak comel:

 
.naimah awi. Blogger Template by Ipietoon Blogger Template