Tuesday, June 12, 2012

*[008] pelangi itu indah



"Zaid, jangan kacau kakak dan abang nak mengaji nie"
"Mana ada Quran nak mengaji, nie orang tengah belajar la"

Aku senyum. Itu peristiwa yang berlaku ketika aku di tingkatan 5. Perbualan cikgu fizik aku dengan anak dia. Comel. Cikgu aku bernama Zaidon, anaknya Zaid. Ringkas tapi comel. Aku agak orang sains ni tak suka nama panjang-panjang kot, senang nak panggil. Telahan aku je.



Ketika di surau Putrajaya Sentral, aku solat di sebelah seorang wanita. Kusyuk dia solat. Ketika aku baru mengangkat takbir, dia capai tasbih, berzikir dan berwirid. Lama. Usai aku solat, dia masih dengan tasbihnya. Aku pandang beg sandang disebelah, ada logo MAS. Bukan brand mas joko tetapi Malaysia Airlines. Kagum, kerana jika benar telahan aku wanita itu seorang pramugari, dia pasti bukan calang-calang. Aku sendiri jarang memegang tasbih, berzikir dan berwirid, agaknya boleh dihitung dengan jari. Berjemaah di rumah bersama keluarga, berzikir dan berwirid bersama-sama pun buat aku kadang-kadang tak senang duduk, sibuk memikirkan urusan dunia yang lain.
Benar, wanita itu seorang pramugari. Kagum di mata aku kerana kadang-kala aku memang bersikap spektikal. Suka memandang luaran tanpa melihat isinya.

Tiba-tiba aku teringat satu kisah. 
Kisah seorang pelacur di zaman Rasullulah s.a.w yang di ampunkan dosa-dosanya hanya kerana seekor anjing agaknya sudah di ulang dengar oleh semua orang.
Tapi kebelakangan ini, aku suka membaca kisah ini. Ulang, ulang dan terus ulang. Seingatnya, kali pertama aku mendengar kisah ini dari ayah, ketika kecil. Cuma mendengar tetapi tidak memahami. Lumrah anak kecil.
Di usia sekarang aku mula memahami, aturan hidup itu amat cantik. Ketentuan awal tidak semestinya penyudah pengakhiran. Tak faham? Bincangkan.

Aku rasa luaran sahaja tak cukup untuk kita menilai baik buruk seseorang itu. Sebab semuanya dalam kuasa Pencipta kita semua. Dekat rumah aku, banyak pokok-pokok buah mangga. Buahnya memang cantik, kulit flawless, tapi bila dikupas, isi yang elok cuma sedikit, yang lain buruk, berulat. Itu contoh mudah.
Begitu juga dengan manusia, kadang-kadang luarannya nampak sempurna,memenuhi ciri-ciri muslim-muslimat yang sejati tetapi hatinya busuk,berulat. Kadang-kadang, tak semuanya hadirin-hadirat sekalian.

Aku sendiri bukan manusia sempurna. Banyak koyak-rabaknya. Bukan badan aku ye, tetapi peribadi. Masih banyak perlu diperbetulkan, di renung, di tampal, di cantum. Pesanan ini sebenarnya untuk aku, supaya sentiasa sedar diri.








Jangan tanya , apa kaitan dengan dua cerita di atas sebab aku pun tak pasti.
Oh ya, NadiPutra pengangkutan awam di Putrajaya ada anjurkan pertandingan. Sila tulis nama, nombor kad pengenalan, serta nombor telefon anda di belakang tiket bas setiap kali naik. Mungkin anda bertuah untuk menang hadiah.


0 budak comel:

 
.naimah awi. Blogger Template by Ipietoon Blogger Template