Tuesday, February 2, 2010

KERANA BAJU 29 RINGGIT, AKU DIMAKI!!!

Semalam aku keluar pergi Tesco Selatan kat Sungai Petani ni. Hajatnya nak beli barang elektrik skit. Lepas kelas toturial Public Relations, aku terus blah ngan Atul untuk terus melaksanakan misi kitorang bershopping-mopping.

Awal sangat kitorang sampai kat Tesco tu, dah macam nak tolong pekerja-pekerja kat situ bukak kedai dorang plak.hehe..excited punya pasal kan. Tapi xpe, xramai orang senang sket kitorang windows shopping kan.
Lepas beli barang elektrik tu, kitorang pusing-pusing la Tesco tu. Singgah kedai-kedai kecil kat dalam tu. Dah memang jadi tabiat aku plak asal shopping, kedai baju sure nak singgah.

Nak dijadikan kisahnya, aku ngan Atul singgah la satu kedai baju ni. Aku ingat owner dia Melayu tapi cam xwape nak pandai cakap melayu la plak. Lantak la kan sebab baju kat kedai dia boleh la tahan cantik. Pilih punya pilih aku beli la satu helai baju yang harganya rm10 je!!baju tu cute sesangat dan aku rasa rm10 tu sesuai la sebab baju tu pun kecik je, kain pun biasa-biasa je.
Lepas beli baju kat kedai mamat tu, kitorang singgah la plak kat kedai sebelah mamat tu. Kedai sorang auntie ni, dia pun jual baju gak tapi baju dia buruk-buruk je. Auntie ni pun aku konfius sebab x macam Melayu. Sekejap macam chinesse, sekejap cam thai la plak. Ha, CinTan (chinesse+thai) la ko auntie !!
Atul nak cari cardigan, so kitorang survey la kedai auntie CinTan tu sebab nampak cam ada. Kitorang tanya la berapa harga cardigan tu, dia cakap rm29. Dah xboleh kurang. Dengar harga macam tu Atul cam dah xberminat la kan sebab cardigan tu bukan okey sangat pun dan xlawa pun.
Tapi mulut aku ni terlebih ramah la plak kat auntie tu. Aku pergi tanya berapa harga baju sebelah cardigan tu, dia pun cakap la rm29 gak. Aku tanya xleh kurang ke. Dia cakap boleh la rm25, aku pun cakap rm20 xleh ke. Saje je cakap camtu sebab fikir xdenye auntie tu nak bagi less sampai rm9. Dia pun cakap xleh la.
So, kitorang pun cam dah nak blah la kan sebab xnak beli pun sebenarnya. Sekali auntie tu tarik tangan aku. Dia cakap rm20 boleh la untuk baju yang aku tanya tu. Adus, boleh la plak...aku xnak beli pun sebenarnya.
Aku cakap la elok-elok kat dia, lebih kurang camni la dialog aku ngan auntie CinTan tu:

Aku: Xpela la auntie, i xberminat la ngan baju tu. Lain kali la ye.
Auntie CinTan: Angkat jela ini baju, dah kasi rm20 ni. dah murah ni.
Aku: xpe2, lain kali ye. xnak
Auntie CinTan: Ambil jela, dah kasi murah ni!!. (nada dah tinggi time ni, cam dh nk tengking aku)

Time ni, muka dia dah bengang sesangat. Aku nak pergi pun dia x bagi, siap tarik-tarik tangan aku. Sekali datang plak pekerja dia, siap cam sekat aku xbagi keluar kedai tu. Aku dah konfius la sket kan, nape beria-ia nak paksa aku ni, siap marah-marah plak. Aku dah xnak, xnak la!!!

Pekerja dia tu plak sama je cakap ambik jela. Dah murah sgt2 dia ckp. Masalahnya kalu baju tu cantik aku memang dah ambik auntie CinTan woi, tp baju tu xlawa, buruk plak tu!

Last sekali aku dah tak tau nak buat apa, aku terus cakap aku x berminat la. Nada tinggi la sket kan sebab cakap elok-elok macam xnak paham je. Cepat2 aku blah dari kedai tu dan of cos la kan, auntie CinTan tu maki la aku. Amboi, wangi punya mulut kau auntie! Maki la banyak mana pun ye, xkisah sebab duit aku xabis sebab xpayah beli baju buruk kau tu.

Sumpah pasni aku xsinggah kedai auntie tu. Bahaya! Ntah2 pasni dia ugut plak suruh beli baju kat kedai dia!


nota:
agaknye auntie CinTan tu ada pengalaman jual kat Petaling Street kot. eheheh;)

6 budak comel:

Frodo Baggins said...

napa x mintak kurang lagi 5 hengget!
cnfirm beliau x jadi nak marah!
wakakakkaka

>>___<<

naimah said...

frodo~

xnak la..
seram..nanti dia pggl kroni dia pksa beli.hahaha

definitely.me said...

GILE SERAM! huhuhu~
gile punye auntie. haiya!

naimah said...

fza~

aah.seram giler. dahla muka auntie tu garang semacam je.

p/s: muka auntie tu ada iras2 muka cik nah @ mak guard utama uitm merbok.haha.
tp cik nah cun sket dari auntie 2.

Anne Nazeeha said...

ahahah! akak patut maki je blk kat muke die kak!
haih kalau sy ade ctu... xlame dah dia jual kat situ. ahaha! kong aja gle macik lahanat tu.
sbb cardi tu dia borong rm5 sehelai. nk jual rm25 seko pun xbeli. last2 auntie tu kne buat lap tingkap je la dgn bj dia tu.

naimah said...

anne~

sumpah bju dia jual xlawa n..
buruk semacam je tgk dekat..
tp time dia trk tgn akak part plg menyeramkan..haha
serius, pasni dah xnak gtl2 mulut tnya kalu xnak beli!!
hahaha..

 
.naimah awi. Blogger Template by Ipietoon Blogger Template