Tuesday, September 1, 2009

KULIM BALING ROAD...


sekadar gambar hiasan

Agak2 apa kaitan la tajuk entry kat atas ngan gambar bas tu..?hehe..

Sebenarnya gambar bas tu ada kaitan ngan tajuk entry tu tapi tajuk entry xde kaitan ngan gambar bas tu...pening x?haha..
ok la, sebelum korang menyampah baca lagi baik saya terus terang ek...
sebenarnya KULIM BALING ROAD tu adalah nama syarikat bas yang saya naik time pergi Kulim hari Sabtu lepas...hehe..

First time pergi Kulim dan 1st time naik bas KULIM BALING ROAD tu. Saya menjangkakan saya akan naik bas yang ok di mata saya, maksudnya ada aircond, pemandu yang nampak berhemah dan suasana bas yang aman tetapi keadaan yang berlaku sebaliknya pulak. Memang terkejut bila tgk bas yang pergi Kulim tu teramatla 'cantik'., pemandunya pulak teramatla 'mesra pelanggan' dan suasana basnya teramatla 'kondusif'...
Tetapi saya tabahkan hati untuk naik jugak sebab kalau orang lain boleh naik xkan saya xboleh naik jugak kan..??

Bila saya berada di dalam bas tu, perasaan saya cukup terharu sebab akhirnya saya boleh menghayati sekejap slogan 1Malaysia yang telah dicetuskan oleh PM kita. Apa tidaknya, penumpang bas tu cukup harmoni..ada Melayu (saya dan kawan, Afifah), Indian(ane,aci,etc), Indon(1Malaysia..??), muka ala2 Jawa pun ada..Nampak, begitu muhibah skali kan. Inilah kelebihan KULIM BALING ROAD...hehe

Kelebihan kedua yang saya dapat apabila memilih KULIM BALING ROAD ialah dapat menghayati pemandangan yang indah sambil diselangi dengan bau semulajadi dari estet getah yang ada disepanjang perjalanan. Memang cukup mendamaikan sekali. Tetapi tumpuan saya menghayati keindahan alam tu terganggu seketika kerana terdengar bunyi kuat yang terhasil daripada pintu driver bas tersebut. Rupanya pintu bas tu hampir tercabut tetapi dengan selambanya pemandu bas tersebut menutup pintu tersebut dengan sekuat hatinya. Lihat, betapa cekapnya pemandu tersebut mengatasi masalah yang berlaku. Saya sekali lagi mengurut dada tanda 'bersyukur'...

Akhirnya setelah hampir 1 1/2 jam perjalanan, akhirnya sampai juga saya ke Kulim. Terima kasih KULIM BALING ROAD kerana telah berjaya membawa saya ke Kulim dengan jayanya...
(anda pun patut memilih perkidmatan bas KULIM BALING ROAD kalau ingin ke Kulim..hehe)

Ok, kita tinggalkan pasal bas tu..dah nak muntah citer(korang lagi la nak muntah baca kan..hehe).
Sebenarnya saya ke Kulim sebab temankan Fifah(housemate) ke rumah makcik dia, berbuka puasa kat sana. Alang-alang cuti, saya pun ikutla kan, bosan gak duk kat umah je..
Time sampai umah makcik Fifah tu dah dekat kul 3 lebih. Rehat kejap pastu pergi tolong makcik Fifah untuk sediakan juadah berbuka. Hari tu masak nasi kerabu kelantan..asli tu..hehe. kuih plak kitorang buat onde2 a.k.a buah melaka a.k.a kuih mulong(sori kalu silap eja, ni nama dlm bhsa kelantan..). Walaupun penat tapi best gak sebab leh belajar benda baru..hehe

Alhamdullah, hari tu berselera jugak la buka puasa dengan nasi kerabu asli kelantan (saya tambah nasi 2x..hehe)..dah lama xmakan macam tu kan,biasanya makan nasi bungkus je..huhu

Malam tu lepas mandi ingatkan dah nak tidur sebab penat sangat (terutamanya penat duduk dlm bas KULIM BALING ROAD..hehe) tapi anak makcik Fifah masuk bilik plak. Nma dia Qistina, tapi panggil Na je. Dalam bilik tu ada box mainan dia so dia bukak la box tu nak cari mainan dia. Kesian tengok dia tertonggeng-tonggeng cari mainan sorang-sorang, saya pun baik hati tolong la carikan...
Punya la banyak mainan yang tersimpan dalam box 2, semuanya dia nak kuarkan..penat tul melayan, dah la mulut budak ni macam bertih jagung...laju je bercakap..hehe
Lepas dia dah jumpa apa yang dia nak, boleh plak dia tinggalkan mainan dia tu bersepah-sepah camtu je..nak tak nak saya dengan fifah jugak yang kena kemas balik...adui ya..


Qistina..belakang tu 'magic box' dia..macam2 benda boleh jumpa

Lepas semuanya dah setel, memang dah x larat sangat. Mata pun dah macam xnak bukak je, jadi decide tidur jela..hehe

nota:
1. Lepas ni kalau nak gi Kulim, masih nak naik KULIM BALING ROAD lagi..best woo..hehe

0 budak comel:

 
.naimah awi. Blogger Template by Ipietoon Blogger Template