Monday, October 1, 2012

hitam dan putih


Pukul 7.30 pagi hari Jumaat lepas, ayah saya call saya. Saya terdetik, pagi betul ayah call, ada perkara mustahak ke ni. Bila salam bersambut, ayah cuma menyatakan yang dia dah lama tak dengar suara saya, yang dalam erti kata lain saya sudah lama tak bertanya khabar keluarga! Selepas bertanya khabar, bersembang dua-tiga minit, ayah tamatkan perbualan. Amboi, dengar suara betul ni..tak sempat saya nak mengadu duit gaji belum masuk,nak pinjam duit dulu barang seratus dua.heh.

Malamnya, saya bersembang dengan mak. Macam biasa ayat saya; mak sihat, mak makan ubat tak, hari ni masak apa,emm..sedapnya masak, anakmu kat sini makan nasi goreng je, dan ayat-ayat lain nak minta simpati. Tiba-tiba mak tanya saya, kerja macam mana, ok ke tak. Saya jawab ok je, xde apa-apa masalah. Bimbang juga saya, mak tengok status facebook saya ke, sebab pagi tu saya ada update status yang saya tertekan dengan kerja. Tapi tak mungkin la, takkan mak saya nak menghadap komputer layan facebook kot, impossible!impossible!
Ini mungkin naluri seorang ibu saya fikir, dan saya sebetulnya selalu teringatkan mak dan ayah kalau saya ada masalah. Telepati mungkin. Mak juga sempat nasihatkan dan membebel  supaya kerja elok-elok sementara dapat kerja lain dan saya seperti biasa hanya iyakan. Contoh anak yang bagus.heh.








Berjaya Times Square Convention Centre


Baru-baru ini, di tempat kerja ada ribut yang melanda. Saya faham bila berada di ruang lingkup bekerja, macam-macam perkara dan pelbagai jenis manusia boleh kita lihat. Dan saya akui tak semua benda yang saya lalui sekarang menyeronokkan. Kalau tak ada perkara yang pahit, bukan lah namanya kehidupan. Saya tak boleh mengharapkan orang menghargai kita, apa yang kita buat dengan senang begitu saja. Saya selalu ingatkan diri jangan mengharap sesuatu terlalu tinggi, sebab bila tinggi ianya mudah jatuh ke bawah. Tapi sifat manusia ini cepat rasa marah, kecewa, sedih bila berdepan dengan keadaan yang kita tak suka.
Oh, saya kurang ilmu, kurang pengalaman tetapi kadang-kadang bila kita tahu berfikir dengan matang, kita boleh nampak apa yang putih, apa yang hitam.



ayam penyek lagi terpenyek
Ayam Penyet-AP, Alamanda Presint 1.

Sifat manusia ini saling berbeza. Rambut sama hitam tapi hati tetap tak sama.
Selalu ingatkan diri agar sentiasa matang dalam berfikir dan matang dalam bertindak, insyaAllah selamat dalam membuat keputusan kelak.

 ***

Kadang-kadang di waktu saya tertekan dalam masalah dunia, saya selalu fikir yang saya sering keseorangan. Saya jauh dari keluarga, kawan-kawan untuk berkongsi rasa. Saya selalu lupa yang bila saya berseorangan saya masih ada Allah s.w.t. Penjaga saya dunia dan akhirat!

7 budak comel:

Anonymous said...

miss naimah jgn sedih2 oke..hidup msti d teruskan walaupon pahit utk d telan..biasa la lumrah manusia, rmbut sama hitam, tp hati lain2..

biasa la kita org bawahan nh sllu d tindas n diperintah..insyallah, ada rezeki 1hr nnt utk kamo..sabar n teruskan bersbr k..

wow, mkn ayam penyet tuh..marvelous..hehehe..jnji dpt mkn aiskrim free..

peace no war miss naimah..

Mrs NurulAsyraf said...

ribut melanda??
Kenapa2?
Sibuk je nak taw..huhu..

naimah said...

biasala dh nk msk musim tengkujuh ni miss hidy.
hakhak

blackhearty said...

cm sedap je nasi ayam penyet tu . .
len kali jom kte g mkn..

naimah said...

Jom2..hehe

Unknown said...

Saya kan ada... awak jangan sedih2... nnti saya sedih jugak... Kalau awak sediiiiiiiih sangaaaaaaaat kan.... awak datang ke pekan pahang... saya nak masak tomyam special untuk awak...hehhe ^,^v peace

naimah said...

awak....saya nak sgt jumpa awk,nak cerita macam-macam kat awak, tp 2la ssh btl nk pergi sana. Nanti saya pg k..






hakhakhak..muntah hijau tulis cmni.

 
.naimah awi. Blogger Template by Ipietoon Blogger Template