Saturday, October 3, 2009

ujian Tuhan

400 hilang ditelan bumi ketika gempa di Padang


JAKARTA: Kira-kira 400 orang yang menghadiri satu majlis pernikahan dikhuatiri hilang ditelan bumi di Dusun Pulau Aik, Padang Pariaman ketika gempa bumi berkekuatan 7.6 pada skala Richter di Sumatera Barat pada 5.16 petang rabu lalu.

Kebimbangan itu berdasarkan keadaan kampung itu yang kini rata ditutupi tanah dan menara masjid, iaitu merupakan struktur tertinggi di situ, juga sudah tidak kelihatan.

"Mereka ditelan bumi sedalam 30 meter akibat gempa dan longsor (tanah runtuh)," kata Ketua Pusat Penanganan Krisis Kementerian Kesihatan Indonesia, Rustam S Pakaya, yang dipetik Detikcom hari ini.

Setelah masuk hari keempat yang dianggap sangat genting bagi pasukan mencari dan menyelamat untuk menemui dan mengeluarkan mangsa yang masih hidup, para pegawai pihak berkuasa berkata keluarga mangsa terutama yang tertimbus harus ikhlas merelakan kepergian keluarga mereka. - Bernama

'Air laut surut, jalan terbelah menggerunkan'



SEBAHAGIAN rumah penduduk di Padang musnah akibat gempa di Padang kelmarin.

Pelajar Malaysia lari terhuyung-hayang takut berlaku tsunami

PADANG: Air laut tiba-tiba surut dan jalan raya terbelah dua antara fenomena menggerunkan yang disaksikan seorang penuntut Malaysia ketika gempa bumi kuat, di sini pada Rabu lalu.

Melihat keadaan menakutkan itu, Mohd Ashraf Abdul Hamid, 23, yang ketika itu menaiki motosikal di tepi pantai, lari jauh dari pantai kerana takut berlaku tsunami.

"Saya cepat-cepat melarikan diri terhuyung hayang seperti orang mabuk," katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau untuk untuk pulang di tanah air menaiki pesawat tentera semalam.

Menceritakan detik cemas itu, Mohd Ashraf berkata, badannya bergoyang dan jatuh dari motosikal serta melihat orang ramai terbaring atas jalan.

Pelajar Tahun Tiga jurusan Perubatan Universiti Andalas itu berkata, selepas kira-kira setengah jam, kelihatan mayat di bawah runtuhan bangunan.

"Saya lihat polis dan orang ramai mengutip cebisan anggota manusia yang tertimbus seperti tangan dan kaki," katanya.
   ~Berita Harian (2009, 0ktober 03)

Subhanallah...Tiada yang benar-benar berkuasa selain dari Allah S.W.T
Marilah sama2 kita buka mata dan hati untuk menginsafi diri dalam setiap perkara yang telah, sedang, dan akan kita lakukan..
bertaubatlah selagi pintu taubat masih terbuka

nota:
1. sama2 berdoa untuk kesejahteraan diri, keluarga dan seluruh umat Islam di dunia.
2. muhasabah diri (khas untuk naimah)


Friday, October 2, 2009

body language

Body language atau bahasa badan amat penting dalam menghasilkan satu komunikasi yang baik. Ketika berkomunikasi dengan seseorang, bahasa badan dapat membantu kita untuk menjelaskan sesuatu yg ingin disampaikan dengn lebih baik. Melalui pandangan mata yang meyakinkan, gerak tubuh yang selaras dengan penyampaian, tangan serta bahu merupakan antara bahasa tubuh yang amat penting. Pendengar juga akan merasa selesa apabila kita mempamerkan bahasa badan yang sesuai sertatidak kererlaluan. Keadaan ini secara tidak langsung dapat menghasilkan satu komunikasi 2 hala yang amat berkesan.



Tetapi entry kali ini bukanlah bertujuan nak bg kuliah ttg apa itu body language atau jenis2 komunikasi berkesan tetapi sebenarnya nak bagitau yang sekarang saya tgh minat lagu Body Languange- Jesse McCartney ngan T-Pain!!

Ya, saya tahu lagu ni dah lama keluar, dari bulan 3 lagi tp saya baru je tahu dan dengar (betapa x majunya saya dlm bab2 music ni..sedey..)

Tapi 1st time dengar trs jatuh chenta, ala2 cinta pndg pertama g2..hehehe..saya suka dgr lagu nie sebab:



1. very awesome

2. cool giler (especially part T-Pain nyanyi)

3. sore  si Jesse ni yang giler best..(muka pown best+++ gak..hehe)

4. dengar versi live pn sama je cam record pnyer (best+++)


bagi sesapa yang blom dgr (tp cm saya sorang je baru dgr..huhu) bolehlah dengar ye..pasni anda juga dpt hasilkan satu gerakan body languange yg sungguh menarik.

nota:
1. tgh addicted kat Jesse McCartney.
2. dia ensem (muka ala2 innocent) dan sore best.

Monday, September 28, 2009

KT-SP

salam...

SELAMAT HARI RAYA YANG KE-8:)

waa!!! lama giler x post entry kt blog..maklumlah sibuk ngalahkan MB..hahaha..
assignment berlambak la wei, x terdaya nak tekan2 keyboard ni menaip..huhu

pe2 pun malam ni dah kena blk kedah after 1 week holidays(ye ke...cm lbh drp org len jew..hehe)
xbest nye kena naik bas blk...mood raya xbis lg ni..hehe

Harap2 perjalanan malam ni lancar dan insyaAllh pg esok smpai la aku kat sungai petani...

pas2 kol 10 esok ada test tuan syed..
pas2 aku kantoi xtau nak jawab ape...

nota:
1. inilah akibatnya kalau beli tiket lambat.
2. dan akibat selalu berdoa agar leh cuti lama2 kat rumah..kan2???

Saturday, September 12, 2009

penat

salam...

dah lama x menulis dlm blog ni. seminggu 2 ni memang sibuk..dengan test yang beratur menunggu giliran memang memenatkan otak..huhu..
Pe2 pun minggu ni masih lagi ada test dan presentation yang perlu disetelkan..rasanya cam lmbt je nak tggu hari khamis..hehe..dah x sabar nak blk rumah...!!

Memang dah xberapa selera dh buka puasa kat sini sebab dah terbayang2 lauk kat umah..huhu..xsbr nak makan dishes yang mak masak, nak g bazar ramadhan kat tganu lak...sedihnye..:(

Sabar jela byk2..huhu..hari ni xtau la nak buka puasa ngan apa lak.cam dah boring makan benda yang sama tiap2 hari. semalam berbuka kat kedai..order nasi goreng paprik, bukan main makan dgn bersungguh-sungguh.time nasi tu dah nak habis baru la ternampak ada seekor lalat yang bukan main cantik terhidang sekali dalam pinggan tu...adui ya,sakit hati nye....


naik geli tekak ni bila tgk lalat 2..sabar jela..huhu.

Thursday, September 3, 2009

Pagi yang damai

Salam...

Semalam x sempat nak post entry sebab baru je taip tajuk, mata dah pun memujuk-mujuk suruh tutup. Disebabkan tuan empunya badan ni amat prihatin dengan setiap anggota bdnnya, jadi ajakan mata tersebut dilayani dengan baik sekali.hehe...

Pagi ni bila dah bangun dari tidur, first benda yang terlintas kat fikiran ialah kerja BEL yang xsiap lagi. Adui ya, kelas BEL dahla pukul 8 am nanti. Memang betul-betul cari masalah la. Dari semalam dan of course dari minggu lepas lagi tertangguh-tangguh kerja tu, bila dah ada kelas baru terkial-kial nak buat..apa punya perangai la..huhu

Walaupun still xsiap lagi kerja tapi gagahkan juga diri untuk bersiap-siap pergi kelas. Tengah bersiap-siap, tetiba......
hehe..suspen2....
Atul bagitau kelas BEL batal....giler best!!hehe..
Tapi still buat muka cool cam x excited la dengar berita tu walaupun dalam hati dah ckp yes!! sebanyak 20x..hehe

So, cancel bersiap dan duduk la balik dpn laptop ni. tu yang tertulis entry nie..alkisahnya...hehe


nota:
1. kan best kalau kelas pukul 10 am dan 2 pm pun batal gak..hehe
2. mood nak menulis cam xde plak, tu yang pendek je ni..
 
.naimah awi. Blogger Template by Ipietoon Blogger Template