Wednesday, December 19, 2012

perjalanan yang tak disangka.




Assalamualaikum.

Straight to the point, hari minggu lepas saya pergi tengok wayang. Dan filemnya adalah The Hobbit: Unexpected Journey. Tapi, masa beli tiket itu tak ada la saya sebut penuh tajuk filem itu, cakap je "kak, nak tiket the hobbit 3, nak duduk seat tengah ea." Ok,setel dah dapat tiket. Jangan lupa bayar harga tiket ye adik-adik.

Ehem-ehem, tunjuk poster gempak dulu.



dan lagi



Sebagai peminat-kipas-susah mati The Lord of The Rings part 1,2 ,3..filem ini sudah pasti menarik perhatian saya. Amboi, buat karangan bahasa melayu SPM nampak.

Tujuh tahun kot tunggu mesti lah teruja kan. Dan rasanya agak berbaloi tunggu selama tu sebab The Hobbit ni takdelah mengecewakan sangat. Sebab dah kenal watak-watak dalam TLOFTR sebelum ni, jadi tak ada masalah terbelit-belit jalan cerita. Cerita ni ada kaitan sikit dengan jalan cerita TLOFTR, tapi banyak berkisar tentang Bilbo Baggins, kaum Hobbit yang pendek, berkaki besar serta comel itu.

Oh saya tak pandai nak buat review filem ini tapi apa yang boleh saya katakan berbaloi tengok. Jalan cerita tak memeningkan, sinematografi yang cantik, suspens campur lawak yang seimbang, pelakon-pelakon baru yang ohsem, and The Gandalf yang cool!

Tapi star untuk filem ini bagi saya ialah



 Ya, Kili the dwarf! Walaupun anda orang kerdil tapi anda hensem dan cool serta lawak. The Lord of the Rings mungkin ada Legolas the Elf yang hensem itu tapi The Hobbit ada Kili.huhuhu..gelak gatal.

Bagi yang belum menonton, silalah ke panggung wayang berhampiran dengan anda. Ataupun download di internet aje. Tak nak tengok pun takpe, tak berdosa.heh.

Sekian.

Tuesday, December 4, 2012

quote for life.





"Hanya kerana sesuatu tidak berlaku kepada anda sekarang, tidak bermakna ia tidak akan berlaku kemudian."



Tak susah, saya google image dan google translate je untuk entry ini.lol.



Wednesday, November 14, 2012

kaseh.



Nur Kaseh. 12.11.12, Sg. Besi


rawr! gigit bontot dia.

Blog semakin kusam. Saya perlu semangat baru untuk menulis. Harus pergi bertapa dulu ni di Gunung Semanggol untuk mendapat idea baru. Blog saya pun sudah semakin pening sama seperti tuannya.

Saya nak bercerita tapi hidup saya biasa-biasa aje. Saya selalu mengharapkan juga jika petang nanti selepas pulang dari kerja, saya terjumpa atau melihat sesuatu yang pelik untuk saya berkongsi dalam belog ini, tetapi malangnya tidak ada. Hidup saya biasa-biasa aje.

Saya pulak makin gemuk. Kesan daripada keadaan cuaca yang tidak menentu sekarang, mood makan saya semakin menjadi-jadi. Empat hari lepas sempena cuti Deepavali dan cuti saya adakan sendiri, aktiviti saya hanya makan, tidur, makan, dan tidur. Saya boleh habiskan dua pinggan nasi begitu saja, kagum saya dengan diri sendiri. Lepas berperangai seperti kerasukan hantu makan itu, mula lah bermanja-manja dengan cik zaza bertanyakan tentang produk Alpa Lipid yang beliau jual itu. Pandai kau promote za, terpengaruh dah aku.heh. Tunggu la, bila saya dah beli dan sudah kurus, nanti saya promote di blog ni pulak. Sabar subur, tak sabar masuk kubur.

Sekian. 





Friday, November 2, 2012

tafakur.


Jam 7.10 petang. Putrajaya Presint 11.


Assalamualaikum.

Sedang mendengar lagu Opick, Tafakur. Lirik yang sangat bagus. Bagus untuk mendengar serta menghayati. Kadang-kadang bila kita hanya mendengar dengan telinga tidak semestinya kita faham. Dengarlah sesuatu perkara itu dengan telinga serta mata hati, insyaAllah sesuatu itu mudah difahami serta dihayati!

Lamanya saya tidak menulis di sini. Kadang-kadang terlalu banyak benda yang nak ditulis tapi last sekali hilang begitu saja. Jadi saya rasa ada baiknya saya buat ringkasan mana yang patut saja. Lebih mudah.

Kehidupan

Sekarang saya sedang melalui fasa ke-lima dalam kehidupan saya. Fasa pertama menjadi kanak-kanak a.k.a budak tadika KEMAS berhingus. Fasa ke-dua fasa persekolahan rendah; masuk kelas pukul 7.30 pagi keluar kelas pukul 12.45 tgh hari,seronoknya belajar.
Fasa ke-tiga saya semestinya zaman persekolahan tingkat tinggi sket; sekolah menengah. Time ni macam-macam suka dan duka saya lalui. Zaman kegemilangan pun ada zaman kejatuhan pun ada! Biasala budak-budak baru nak up katakan. Tapi fasa inilah paling mencabar dan membentuk diri saya sekarang.
Fasa ke-empat saya ialah zaman masuk universiti! Seronok!
Dan fasa ke-lima yang saya tempuh sekarang ialah fasa bekerja. Saya sekarang bekerja secara kontrak di Perpustakaan Perdana, Yayasan Kepimpinan Perdana Putrajaya, Presint 8. Jemputlah datang ke perpustakaan untuk membaca buku atau berjumpa dengan saya.

Cita-cita

Masih banyak cita-cita saya yang belum tercapai. Cita-cita nak mempunyai pekerjaan tetap dengan gaji yang tetap supaya kehidupan saya lebih tetap belum lagi tercapai. Tapi bab rezeki ini saya serahkan kepada yang lebih berhak mentadbirnya, dan saya hanya mampu layak berusaha berdoa, berusaha dan berdoa.InsyaAllah.
Namun begitu, amboi ayat penyambung..cita-cita untuk memiliki telefon bimbit ber 'android' rasanya sudah tercapai.kahkahkah.

Hati dan jiwa

Semenjak sudah berusia 23 tahun  8 bulan lebih ini, bab-bab hati dan jiwa raga ini makin sensitip. Pantang nampak kawan-kawan ke jinjang pelamin, hati terus tersentap. Ayat-ayat popular seperti "bila nak couple?", "tak pernah pun tunjuk gambar pakwe kat saya", makin kerap pulak telinga ini mendengar.

Perbezaan diri dulu dan sekarang

Saya rasa saya semakin matang dalam menilai sesuatu perkara berbanding dahulu. Dan yang paling penting saya sudah mula meletakkan mak dan ayah serta keluarga sebagai kepentingan utama saya sekarang berbanding dulu. Bukanlah bermakna saya tidak mempedulikan keluarga dulu tetapi sekarang saya mula faham erti tanggungjawab sebagai anak serta ahli keluarga. InsyaAllah saya cuba lakukan yang terbaik!

Kesimpulan

Alhamdulillah, saya bersyukur dengan kehidupan saya sekarang. Walaupun kadangkala saya menangis seorang diri, tetapi saya yakin itu semua hanyalah ujian untuk uji ketabahan jiwa saya. Saya gembira dan insyaAllah akan terus gembira!


Wednesday, October 17, 2012

bad mouth


Susahnya kalau  bila bercakap kita suka syok sendiri.
Susahnya kalau  bila bercakap kita suka merendahkan orang lain.
Susahnya kalau  bila bercakap kita suka menghina orang lain.
Susahnya kalau  bila bercakap kita suka meninggikan diri sendiri.


Sebab tu kadang-kadang dosa ni banyak datang dari mulut kita sendiri.
Lebih baik berdiam dari bercakap benda-benda yang tidak berfaedah.
Takut bila banyak bercakap, makin banyak dosa yang kita kumpul.
Lebih haru biru kalau ramai yang mula menge'cop' kita ini mulut jahat!
Nauzubillah!


Indahnya peribahasa orang dulu-dulu.
"Ikut resmi padi, makin tunduk makin berisi"
dan bukannya
"Perangai macam lalat, bising terbang kesana kemari membawa shit."



Sekian. Tazkirah di petang Rabu.


eh.peribahasa yang bawah sekali tu bukan dari Kamus Peribahasa Melayu tapi saya baru cipta tadi. Peribahasa sukahatisaya, sekian.
 
.naimah awi. Blogger Template by Ipietoon Blogger Template