Monday, May 28, 2012

*[003]: mimpi 1

mimpi Tun. Mahathir dah nak bersara (bukan dah lama bersara ke??), dah tak nak datang opis, nak rehat kt umah je.
makanya, PLF kena tutup sebab penaung dah tak nak datang, so xde point lagi kalu nak bukak pun.
Aku? angkut barang balik Terengganu tanam jagung.

 haip!men kasaq nampak mimpi ni. Tunggula aku dapat kerja lain dulu nak mimpi camni pun.

Friday, May 18, 2012

instagram effects


kembali berblogging selepas mendiamkan diri beberapa bulan.
what to do, virus berblogging ni cepat sangat berjangkit, tak tahan aku tgk masing-masing bukak blogspot tab.
dulu aku ingat memang dah nak resign dari jadi blogger, tapi nampak macam jodoh aku ngan blogspot panjang lagi. alhamdullilah.
insyaAllah kalau ada masa dan waktu memang akan kembali menaip. harapnya jangan hangat-hangat tahi ayam sudah. tahi ayam ok. macam sedap pulak taip perkataan tahi nie. ok, sekali lagi, tahi. dah, cukup naimah. wakakaka

Blogging? Blogger?

Tuesday, June 7, 2011

i'm sorry


Sudah masuk minggu ke-4 di Unisza sebagai pelatih industri. Sekarang di serial department,bergelumang dengan jurnal,majalah,dsb. Tapi baru beberapa jam di department ni, saya sudah buat silap. Rasa bersalah sangat sebab terpaksa menyusahkan staf lain dan melambatkan kerja diorang. Maafkan saya sebab saya cuai,tak teliti bila buat kerja, benda yang mudah jadi rumit bila buat silap sebab terpaksa buka balik rekod dalam sistem. Bersyukur sangat sebab staf baik-baik tak marah kat saya tapi rasa bersalah yang amat.

Argh,dammed!tak suka giler perasaan macam ni, rasa nak minta maaf dekat semua staff kat department ni (sambil nyanyi lagu P.Ramlee-Bujang Lapok,maafkan saya!)

Monday, May 9, 2011

doakan saya berjaya esok!

Esok pukul 2.15 petang di Dewan Perdana, UiTM Kedah saya ada final exam paper Database. Exam last saya dan kawan-kawan untuk semester akhir di sini. Selepas jam 5.15 petang, saya boleh tarik nafas lega dan declare pada diri sendiri yang saya sudah layak bergelar ex-student UiTM Kedah...muahahaha.insyaAllah..

Semoga semuanya berjalan dengan lancar esok. Buat kawan-kawan merangkap kawan blogger Nadya Omar, Umar @Jantan keparat, dan FzaIbrahim yang last paper pun esok, gud luck buat kalian semua ye.Fighting!
 
.naimah awi. Blogger Template by Ipietoon Blogger Template