Monday, February 25, 2013

sad very sad

Terjumpa satu cerita horror dari Hong Kong. Filem ni dah agak lama, terbit tahun 2008. Dan saya baru tengok di tahun 2013, thumbs up.

Baca komen-komen cakap citer ni sedih. Nak tahu tang mana sedihnya, gagahkan diri untuk tengok sampai habis juga.

Dan ianya, memang sedih! Lebih sedih dari mohon bantuan BRIM tapi masih enggak dapat uangnya.


Wednesday, February 20, 2013

random talk


"Hobi awak apa?"
"Hobi saya mengumpul setem, awak pulak..?"
"Hobi saya membaca tau.."
"Buku apa yang awak baca?"
"Erm..komik Pedang Setiawan..erk"

Pada zaman dahulu kala, masa kecil memang  suka baca komik macam ni sebab pengaruh abang. Watak dalam komik itu boleh ingat, Penjejak Awan la, Penjejak Badai la, yang nama ala-ala cina susah nak ingat. Hari tu selongkar almari buku, terjumpa balik komik ni. Bila dah besar ni punya la rasa cerita tu penipu tahap gaban. Segala isi langit dan bumi ni si Penjejak-penjejak tu conquer, punya la magis kuasa dorang. Tergelak sorang-sorang baca.

Tapi terima kasih pada komik ini sebab saya mula menanam minat membaca pada usia yang masih muda. Tu diaa..ayat karangan SPM.
Seingat saya usia 5 tahun saya dah mula lancar membaca. Habis buku kakak dengan abang saya baca. Kiranya bab-bab dasar negara, sejarah perlembagaaan negara saya dah mula hafal dalam usia 7 tahun gitu. Hah..nampak sangat pengarang bijak menipu kan.

Punya la obses saya pada buku sampai saya menjadi pengawas perpustakaan selama 3 tahun berturut-turut di sekolah rendah, dan 3 tahun berturut-turut juga di sekolah menengah. Tapi masalah besar timbul bila saya sedikit tidak berminat kepada buku sekolah tetapi lebih cenderung kepada buku fiksyen dan sewaktu dengannya. Dan akibat masalah ini faham-faham jelah ye. Benar kata pepatah, disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga dan disebabkan malas sedikit rosak result SPM kita.

Tapi tak apa, walaupun result SPM saya tak cemerlang dan gemilang, saya masih boleh berjaya. Motivation kena tinggi kan. Jadi saya masih mengekalkan buku sebagai agenda saya dan memilih bidang Perpustakaan sebagai jaminan hidup masa hadapan saya. Sekali lagi karangan SPM.

Masa berlalu, dan saya pun sudah besar, kecenderungan saya pada buku pun dah semakin berkurang. Saya pun tak tahu kenapa twisted sangat dah perangai saya ni. Malas bebenor nak membaca. Tapi tengok movie saya suka, kalau movie feveret, sampai 10 kali pun saya tengok lagi. Patut ke saya salahkan teknologi mendownload movie secara free buat saya jadi malas baca buku?kbai. Dan sekarang bila berjumpa abang dah takde Penjejak-penjejak bagai ni tapi
"Eh..ada movie baru?"
"Takde, mung(kamu) pun takde cerita kerat-kerat dah ke?"
teet..18SG.

Jadi sekarang saya sedang cuba membaiki kemalasan diri ini. Saya tengah cuba habiskan beberapa buah buku yang saya beli pada tahun lepas. Dan berharap  agar buku itu saya habiskan sebelum bertemu lagi pada tahun hadapan.
Moral of the story: Membaca itu jambatan ilmu. Rajinkanlah diri kita membaca walaupun sepotong ayat.mihmihmih..tetiba rasa macam Dr.Fadzilah Kamsah.


Buku ni saya beli semata-mata nak tandatangan Tun jer..keji x perangai

Tuesday, February 19, 2013

jodoh



Setelah sudah dewasa ni., perkara jodoh mula masuk dalam senarai penting untuk difikirkan. Jodoh, ajal dan maut itu di tangan Tuhan. Ayat yang selalu kita dengar dan baca kan. Tapi kalau nak bersembang, bab jodoh bab yang paling sedap untuk di sembangkan. Jarang orang nak bersembang bab ajal dan maut ni sangat walaupun ajal dan maut itu lebih penting. Kita manusia memang begitu.

Dengan kawan-kawan sebaya yang dah ramai naik pelamin, angin tempias itu terkena jugak lah pada saya. Tipu lah kalau tidak cemburu lihat kawan-kawan bahagia tetapi mungkin belum sampai masa buat saya. Kadang-kadang fikir mungkin Tuhan belum temukan jodoh buat saya sebab saya sendiri belum bersedia ke arah itu. Seriously, saya tidak bersedia! Saya sendiri pun tak faham lagi perangai saya, macam mana nak faham perangai orang lain, berlainan jantina pulak tu! :(

Hidup kita bukan macam drama Korea. Walaupun sang heroin buruk, kadang-kadang tua tapi sebab dia heroin sang hero hanya tersenyum dan cakap "alololo..cutenya".:p Saya tak memilih sangat tapi biarlah jodoh saya nanti boleh terima saya seadanya sebab jujurnya diri saya complicated, susah difahami. Saya tak suka lelaki yang ego, berlagak tunjuk kebolehan sendiri, definitely no. Saya cuma nak seseorang yang simple, cool, dan senang di bawa berbincang. Dan juga pandai menari k-pop.lalalala..gurau je.

Dan bonus bila dia seperti ini

argh..melting!
atau

hidung berdarah..antar pg hospital!
Saya tak tahu kenapa saya perlu taip entry berunsur-unsur gatal ni. Tapi tula, macam yang saya cakap tadi saya ini complicated, susah difahami..kahkahkah.

"Hai mambang, berdampinglah dengan ku wahai si mambang.."


Friday, February 15, 2013

undur diri

Assalamualaikum..

Hampir sebulan tak menulis di sini. Saya tak sibuk pun tapi saya malas. Malas nak berkongsi apa-apa. Dan hari ni penyakit malas tu berkurang sikit, jadi saya taip lah entry ini.

Saya dah berusia 24 tahun pada minggu lepas ! Ya Allah! Syukur.

Flashback 24 tahun lepas: 
Pada hari bulan 8,bulan 2 dan bertahun 1989 Puan Fatimah bt Hamzah telah mula rasa sakit tanda bayi yang dikandung beliau selama 9 bulan sudah mula gatal hendak keluar melihat dunia. Rasa sakit itu bagi beliau mungkin small matter je sebab beliau sudah merasakan kesakitan dan keperitan itu sebanyak 8 kali sudah, dan ini kali ke 9 kesakitan itu datang. Maknanya nak bersalin anak ke 9 la tu.
Maka dipendekkan cerita, pada hari itu lahirlah seorang budak gegirl yang tak berapa cantik tetapi comel itu. Dan dipendekkan cerita lagi, budak itu di beri nama Naimah. Saya lah itu, jangan buat tak paham pulak.
Maka dipendekkan cerita lagi, membesarlah budak gegirl itu bersama-sama emak dan ayah serta adik-beradiknya yang lain dengan penuh kepayahan serta kesenangan yang diharungi bersama. Beliau mula bersekolah seawal usia 3 tahun kerana terpaksa meneman abangnya yang asyik menangis di tadika KEMAS berdekatan dengan rumahnya. Akibat terlalu lama bersekolah tadika, beliau boleh dianggap 'otai' di kalangan kawan-kawan setadika dan menjadi orang kanan kepada cikgu Saleha, cikgu tadika KEMAS itu. Beliau mula pandai membaca di awal usia 4 tahun dan selalu menjadi harapan tadika dalam acara lari dalam guni (apakah?).



 (bersambung...tiba-tiba idea beku. kahkahkah..)

mekasih kawan!

 
.naimah awi. Blogger Template by Ipietoon Blogger Template