Tuesday, September 25, 2012

updet cepat.




Oh..sekarang baru pukul 4.40pm masih dalam waktu bekerja. 
Sepatutnya saya kena buat kerja, bukan taip entri baru kat blog.
Apa yang saya buat ni...adoi..

*tangankebahumatakeatas*

Monday, September 24, 2012

lupa.


Seriously, saya agak pelupa orangnya. Betul, nak taip seriously pun saya ambik masa 6 saat sebab lupa. Mula-mula saya taip macam ni, seriusly.

Assalamualaikum.

Kadang-kadang lupa ni memang satu penyakit besar. Orang cakap banyak makan semut punca cepat lupa. Bukan lah nak cakap saya suka kutip semut yang lalu di depan mata lepas tu makan, tapi mungkin banyak makanan yang saya makan ada semut. Arggh..susahnye nak buat ayat.

*******

Perenggan baru.
 Salah satu perkara yang saya cepat lupa ialah mengingati tarikh lahir mak-ayah, adek-beradek, kawan-kawan, dan sewaktu dengannya.

Kadang-kadang facebook ada ingatkan saya, tapi malas betul saya nak taip dekat wall mereka-mereka. Hari tu time birthday saya, ada kawan yang wish macam ni :



Habis Baguih punya.

Kalau kawan-kawan pelukketatketaptidosatubantal, nak cam dorang punya birthday senang. Dia akan call, dan sembang 2-3 jam sebab Celcom bagi free call dan mesej seminggu.
Kadang-kadang saya jadi suspicious kalau kawan-kawan call dan sembang lama-lama dengan saya. Saya akan tanya dorang balik.
"Eh, hari ni birthday  awak ke ea?"
"La..bukan birthday ke, ingatkan kredit free sembang lama-lama ni."
Agak kurang ajar di situ cik naimah.

Maafkan saya kawan-kawan terchenta, memang saya fail dalam ingat tarikh lahir anda semua. Tapi tak bermakna saya tak ingat kamu semua ye. Saya cukup kagum bila teringat kawan saya, Mas yang ingat satu-satu tarikh lahir our BFF group kan. Wah!memang kuat ingatan!Syabas!

*******


Pada suatu hari, adik saya mesej. Mesej dia berbentuk begini:

Agak gelojoh di situ memberitahu sendiri tarikh lahir dia.

Dan saya balas sekadar berbasi-basi:

Bahasa berterabur menunjukkan ketidak'excited'kan. Dan saya sudah pasti mesej seterusnya akan menyusul.



...........................................................................

nombor yang anda mesej diluar liputan. Terima kasih.

Monday, September 3, 2012

cerita merdeka


Pagi itu masih segar dalam ingatan saya, ayah kejutkan saya pada awal pagi. Kami mandi, serta berpakaian baru. Ayah membawa saya ke satu tempat dimana ramai orang sudah mula berkumpul. Tiba-tiba saya mendengar teriakan seorang lelaki yang melaungkan "MERDEKA!MERDEKA!".
Kini ayah sudah tiada lagi. Hari kemerdekaan tetap saya sambut walaupun tanpa ayah disisi.


Macam iklan tv je cerita kat atas tue kan. Hakhakhak..memang la pun..iklan petronas tahun berapa ntah tue. Itu bukan cerita saya ye. Ayah saya alhamdullilah hidup lagi, dan beliau tak pernah kejutkan saya pagi-pagi semata-mata nak sambut merdeka.Sekian.

Alhamdullilah, sudah 55 tahun Malaysia merdeka. Masa saya kecil, saya ingat Almarhum Tunku Abdul Rahman akan laungkan perkataan merdeka tu tiap-tiap tahun. Macam nak umum hari raya bila. Rupa-rupanya masa saya umur 5-6 tahun, Tunku Abdul Rahman dah meninggal pun.

Mak saya cakap kita sambut merdeka sebab kita dah bebas, dah tak ada orang putih, orang Jepun, orang Komunis, nak serang kita. Diorang semua dah balik negara asal dorang tu. Lepas tu, saya tanya mak saya balik.
"Mak, kita dah merdeka, kenapa mak bagi saya makan megi lagi?"
Mak saya jawap.
"Agak-agak la anakku oii..megi je pun, bukannya mak sumbat pasta, spageti carbonara kat mulut ko tue..."

*haha...dialog tipu.

Kadang-kadang susah kita nak menghargai kemerdekaan kerana kita tidak pernah merasa hidup dalam keadaan peperangan. Dulu, aku seronok nak sambut merdeka, sebab sekolah akan cuti. Tapi kalau hari merdeka jatuh hari Jumaat tak best jugak sebab Terengganu memang cuti pun hari tu. Tapi sekarang bila dah besar perasaan tu jadi lain sikit, ye lah, dah faham erti merdeka ni. Jadi perasaan aku bertambah-tambah gembira sebab cuti, jadi tak payah pergi kerja.wakakaka

Okey2..saya serius.

Masa cuti merdeka hari tu, saya ada tengok satu cerita melayu tentang hari merdeka. Hero dia Shah Jaszle, owww..
Cerita tu berkisar tentang seorang awek dari Jepun yang datang ke Malaysia semata-mata nak minta maaf pada orang kampung sebab dulu atuk dia bekas askar Jepun yang dah bunuh ramai orang kampung. Tapi niat suci lagi seri murni dia tu tak dapat diterima oleh atuk Shah Jazsle sebab atuk dia berdendam amat-amat kat atuk minah Jepun itu yang dah bunuh family dia.
Ending cerita tu aku tak sempat tengok la pulak, tapi opkos la atuk Shah tu maafkan. Typical cerita melayu kan. sigh.

Tapi moral of the story is, bodoh la kita kalau kita asyik nak melihat pada sejarah lampau, berdendam antara satu sama lain disebabkan kita pernah terseksa dahulu. Macam mana kita nak maju. Ada juga yang kata, jangan sokong produk dari luar, kita dah merdeka kenapa nak terhegeh-hegeh nak guna produk penjajah. Kita buat la produk kita sendiri, barulah semanagat merdeka tu ada. Ye betul pandangan itu. Tapi takkan guna produk luar terus dicop pengkhianat negara, or whatever.




Hilang ke kerakyatan saya kalau saya makan McDonald ketika saya sedang lapar?



Saya makan burger tapi tak ada lah pulak lepas tu saya terus speaking London sambil nyanyi lagu Boyfriend,JB.



Saya pergi tengok artis Korea yang hot, hottest itu tetapi saya juga layan lagu Eddie Hamid.


Saya minat kartun Doreamon tapi saya kipas-susah-mati kartun Upin Ipin, Boboiboy, etc..kerana mereka adalah super duper cute.

Menerima produk dari luar bukan bermakna kita menerima ideologi mereka-mereka dari luar. Semangat cintakan negara akan wujud dalam diri setiap orang. Tanyalah mana-mana manusia dalam dunia ni, siapa yang tak mahukan keamanan. Bersyukurlah dan beringatlah sebab kita tak tahu adakah tahun depan kita mampu menyambut hari merdeka dengan aman lagi atau tidak. SELAMAT HARI MERDEKA MALAYSIA!




 
.naimah awi. Blogger Template by Ipietoon Blogger Template