Monday, September 28, 2009

KT-SP

salam...

SELAMAT HARI RAYA YANG KE-8:)

waa!!! lama giler x post entry kt blog..maklumlah sibuk ngalahkan MB..hahaha..
assignment berlambak la wei, x terdaya nak tekan2 keyboard ni menaip..huhu

pe2 pun malam ni dah kena blk kedah after 1 week holidays(ye ke...cm lbh drp org len jew..hehe)
xbest nye kena naik bas blk...mood raya xbis lg ni..hehe

Harap2 perjalanan malam ni lancar dan insyaAllh pg esok smpai la aku kat sungai petani...

pas2 kol 10 esok ada test tuan syed..
pas2 aku kantoi xtau nak jawab ape...

nota:
1. inilah akibatnya kalau beli tiket lambat.
2. dan akibat selalu berdoa agar leh cuti lama2 kat rumah..kan2???

Saturday, September 12, 2009

penat

salam...

dah lama x menulis dlm blog ni. seminggu 2 ni memang sibuk..dengan test yang beratur menunggu giliran memang memenatkan otak..huhu..
Pe2 pun minggu ni masih lagi ada test dan presentation yang perlu disetelkan..rasanya cam lmbt je nak tggu hari khamis..hehe..dah x sabar nak blk rumah...!!

Memang dah xberapa selera dh buka puasa kat sini sebab dah terbayang2 lauk kat umah..huhu..xsbr nak makan dishes yang mak masak, nak g bazar ramadhan kat tganu lak...sedihnye..:(

Sabar jela byk2..huhu..hari ni xtau la nak buka puasa ngan apa lak.cam dah boring makan benda yang sama tiap2 hari. semalam berbuka kat kedai..order nasi goreng paprik, bukan main makan dgn bersungguh-sungguh.time nasi tu dah nak habis baru la ternampak ada seekor lalat yang bukan main cantik terhidang sekali dalam pinggan tu...adui ya,sakit hati nye....


naik geli tekak ni bila tgk lalat 2..sabar jela..huhu.

Thursday, September 3, 2009

Pagi yang damai

Salam...

Semalam x sempat nak post entry sebab baru je taip tajuk, mata dah pun memujuk-mujuk suruh tutup. Disebabkan tuan empunya badan ni amat prihatin dengan setiap anggota bdnnya, jadi ajakan mata tersebut dilayani dengan baik sekali.hehe...

Pagi ni bila dah bangun dari tidur, first benda yang terlintas kat fikiran ialah kerja BEL yang xsiap lagi. Adui ya, kelas BEL dahla pukul 8 am nanti. Memang betul-betul cari masalah la. Dari semalam dan of course dari minggu lepas lagi tertangguh-tangguh kerja tu, bila dah ada kelas baru terkial-kial nak buat..apa punya perangai la..huhu

Walaupun still xsiap lagi kerja tapi gagahkan juga diri untuk bersiap-siap pergi kelas. Tengah bersiap-siap, tetiba......
hehe..suspen2....
Atul bagitau kelas BEL batal....giler best!!hehe..
Tapi still buat muka cool cam x excited la dengar berita tu walaupun dalam hati dah ckp yes!! sebanyak 20x..hehe

So, cancel bersiap dan duduk la balik dpn laptop ni. tu yang tertulis entry nie..alkisahnya...hehe


nota:
1. kan best kalau kelas pukul 10 am dan 2 pm pun batal gak..hehe
2. mood nak menulis cam xde plak, tu yang pendek je ni..

Tuesday, September 1, 2009

KULIM BALING ROAD...


sekadar gambar hiasan

Agak2 apa kaitan la tajuk entry kat atas ngan gambar bas tu..?hehe..

Sebenarnya gambar bas tu ada kaitan ngan tajuk entry tu tapi tajuk entry xde kaitan ngan gambar bas tu...pening x?haha..
ok la, sebelum korang menyampah baca lagi baik saya terus terang ek...
sebenarnya KULIM BALING ROAD tu adalah nama syarikat bas yang saya naik time pergi Kulim hari Sabtu lepas...hehe..

First time pergi Kulim dan 1st time naik bas KULIM BALING ROAD tu. Saya menjangkakan saya akan naik bas yang ok di mata saya, maksudnya ada aircond, pemandu yang nampak berhemah dan suasana bas yang aman tetapi keadaan yang berlaku sebaliknya pulak. Memang terkejut bila tgk bas yang pergi Kulim tu teramatla 'cantik'., pemandunya pulak teramatla 'mesra pelanggan' dan suasana basnya teramatla 'kondusif'...
Tetapi saya tabahkan hati untuk naik jugak sebab kalau orang lain boleh naik xkan saya xboleh naik jugak kan..??

Bila saya berada di dalam bas tu, perasaan saya cukup terharu sebab akhirnya saya boleh menghayati sekejap slogan 1Malaysia yang telah dicetuskan oleh PM kita. Apa tidaknya, penumpang bas tu cukup harmoni..ada Melayu (saya dan kawan, Afifah), Indian(ane,aci,etc), Indon(1Malaysia..??), muka ala2 Jawa pun ada..Nampak, begitu muhibah skali kan. Inilah kelebihan KULIM BALING ROAD...hehe

Kelebihan kedua yang saya dapat apabila memilih KULIM BALING ROAD ialah dapat menghayati pemandangan yang indah sambil diselangi dengan bau semulajadi dari estet getah yang ada disepanjang perjalanan. Memang cukup mendamaikan sekali. Tetapi tumpuan saya menghayati keindahan alam tu terganggu seketika kerana terdengar bunyi kuat yang terhasil daripada pintu driver bas tersebut. Rupanya pintu bas tu hampir tercabut tetapi dengan selambanya pemandu bas tersebut menutup pintu tersebut dengan sekuat hatinya. Lihat, betapa cekapnya pemandu tersebut mengatasi masalah yang berlaku. Saya sekali lagi mengurut dada tanda 'bersyukur'...

Akhirnya setelah hampir 1 1/2 jam perjalanan, akhirnya sampai juga saya ke Kulim. Terima kasih KULIM BALING ROAD kerana telah berjaya membawa saya ke Kulim dengan jayanya...
(anda pun patut memilih perkidmatan bas KULIM BALING ROAD kalau ingin ke Kulim..hehe)

Ok, kita tinggalkan pasal bas tu..dah nak muntah citer(korang lagi la nak muntah baca kan..hehe).
Sebenarnya saya ke Kulim sebab temankan Fifah(housemate) ke rumah makcik dia, berbuka puasa kat sana. Alang-alang cuti, saya pun ikutla kan, bosan gak duk kat umah je..
Time sampai umah makcik Fifah tu dah dekat kul 3 lebih. Rehat kejap pastu pergi tolong makcik Fifah untuk sediakan juadah berbuka. Hari tu masak nasi kerabu kelantan..asli tu..hehe. kuih plak kitorang buat onde2 a.k.a buah melaka a.k.a kuih mulong(sori kalu silap eja, ni nama dlm bhsa kelantan..). Walaupun penat tapi best gak sebab leh belajar benda baru..hehe

Alhamdullah, hari tu berselera jugak la buka puasa dengan nasi kerabu asli kelantan (saya tambah nasi 2x..hehe)..dah lama xmakan macam tu kan,biasanya makan nasi bungkus je..huhu

Malam tu lepas mandi ingatkan dah nak tidur sebab penat sangat (terutamanya penat duduk dlm bas KULIM BALING ROAD..hehe) tapi anak makcik Fifah masuk bilik plak. Nma dia Qistina, tapi panggil Na je. Dalam bilik tu ada box mainan dia so dia bukak la box tu nak cari mainan dia. Kesian tengok dia tertonggeng-tonggeng cari mainan sorang-sorang, saya pun baik hati tolong la carikan...
Punya la banyak mainan yang tersimpan dalam box 2, semuanya dia nak kuarkan..penat tul melayan, dah la mulut budak ni macam bertih jagung...laju je bercakap..hehe
Lepas dia dah jumpa apa yang dia nak, boleh plak dia tinggalkan mainan dia tu bersepah-sepah camtu je..nak tak nak saya dengan fifah jugak yang kena kemas balik...adui ya..


Qistina..belakang tu 'magic box' dia..macam2 benda boleh jumpa

Lepas semuanya dah setel, memang dah x larat sangat. Mata pun dah macam xnak bukak je, jadi decide tidur jela..hehe

nota:
1. Lepas ni kalau nak gi Kulim, masih nak naik KULIM BALING ROAD lagi..best woo..hehe

First entry..

Assalamualaikum..

Akhirnya tertaip jgk 1st entry ni..dh lama nak buat blog sebenarnya tapi kadang2 masa itu amat mencemburui diri ini..hehe..

Emm..agaknya xde apa sangat nak ditulis untuk 'anak sulung' saya ni tapi still nak coretkan something la..hehe..
Alhamdullah..hari ni dah 11 hari berpuasa,pejam celik pejam celik (alhmdullah masih celik:)), cepat tol masa berlalu ek..kalu dihitung dan dicongak ada lbh kurang 2 minggu lagi nak blk kampung nie..(excited giler..hehe)..tapi camne pun still sabar lagi wlaupun hati ni dah melayang2 ada kt kampung..(cam pelik lak ayat ni..?..hehe)

Tadi bukak pose kat kedai sebab time pergi bazar ramadhan makanan dah habis!!sedih tol...apa tak habisnya time pergi tu pun dah kul 7 lebih...huhu..
nak buat camne koko baru habis time 2..so, lepas pusing 2 bazar ramadan dan semuanya dah xde apa-apa, kitorang (aku dan atul) decide buka puasa kat kedai je la...

Aku order nasi goreng ayam ngan teh ais, atul plak order nasi goreng pattaya ngan teh o ais laici. Nasib baik time 2 dah hampir nak berbuka, jadi xdela menunggu lama sgat..hehe..

Jadi bila dah masuk waktu berbuka 2 kitorang makan la tanpa was2 lagi dan paling penting tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Tumpuan memang seratus peratus kat makanan je..mmg dashyat..hehe..

Emm..macam dah xde apa je nak dimengarutkan lagi ni..so layan jela gambar yang sempat di snap time melantak tadi..hehe:)


ni gambar masa tengah makan a.k.a melantak




nota:
1. pinggan kosong tu bukan saya punya tapi atul punya..hehe
2. sori la sebab still tak tahu nak bahasakan diri 'saya' atau 'aku'..huhu
 
.naimah awi. Blogger Template by Ipietoon Blogger Template